Kosmo Online - Dunia |
Perarakan obor catat rekod dunia Posted: Perarakan obor catat rekod dunia
JAKARTA, Indonesia - Beberapa pegawai menyatakan beribu-ribu orang dari 50 buah negara mencatatkan dua rekod baharu dunia dengan berarak sambil membawa lebih 3,700 obor bernyala di ibu kota Indonesia di sini. Penganjur acara berkenaan, Yamal Hasmanan daripada pertubuhan bukan kerajaan Freedom Faithnet Global semalam memberitahu, beberapa pegawai Guinness World Records menyampaikan sijil kepada para peserta untuk pencapaian imej obor menyala terbesar yang dibentuk oleh manusia dan perarakan unggun api terbesar. Beliau berkata, perarakan kelmarin itu disertai 3,777 pembawa obor sebagai simbol pengharapan dan doa. Pertubuhan itu turut memegang rekod dunia bilangan tanglung terbesar yang dilepaskan ke udara. Sebanyak 10,318 tanglung dilepaskan serentak ke udara pada Disember 2009. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Tiada dana awam bantu bankPARIS, Perancis - Kerajaan Perancis tidak akan menggunakan dana awam untuk membantu bank-bank negara berkenaan mengumpul modal selepas institusi perbankan terjejas akibat krisis hutang Eropah, kata Menteri Bajet Valerie Pecresse semalam. "Kerajaan tidak akan menyuntik dana awam ke dalam bank-bank Perancis," kata Pecresse dalam satu wawancara bersama dengan stesen televisyen iTELE dan saluran radio Europe 1. "Kami berpendapat keperluan kewangan bank-bank tidak begitu serius dan kami yakin mereka dapat menyelesaikan sendiri masalah kewangan ini," ujarnya. Bank-bank Eropah berdepan tekanan untuk menambah modal bagi memulihkan kestabilan dan meningkatkan keyakinan dalam pasaran selepas timbul kebimbangan krisis hutang Eropah akan menjejaskan institusi perbankan di rantau berkenaan. Pihak berkuasa perbankan Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis lalu menegaskan bank-bank EU perlu mengumpul modal tambahan berjumlah 114.7 bilion euro (RM483.2 bilion) bagi tujuan itu. Daripada jumlah keseluruhan itu , 7.3 bilion euro (RM30.7 bilion) perlu dikumpul oleh bank-bank di Perancis. Penarafan hutang beberapa bank utama Perancis seperti BNP Paribas dan Societe Gediturunkan Jumaat lalu berikutan kemerosotan ekonomi Eropah. - AFP Full content generated by Get Full RSS. | |
Iran tidak akan pulangkan dron AS Posted: Iran tidak akan pulangkan dron ASGAMBAR yang disiarkan di laman web rasmi tentera Pengawal Revolusi pada Khamis lalu menunjukkan beberapa pegawai tentera Iran memeriksa pesawat yang didakwa dron RQ-170 Sentinel milik Amerika Syarikat. TEHERAN, Iran - Kerajaan Iran menegaskan bahawa ia tidak akan memulangkan pesawat pengintip kawalan jauh Amerika Syarikat (AS) atau dron yang dirampas pasukan tenteranya, kata seorang pegawai kanan tentera Pengawal Revolusi Iran semalam. Jeneral Hossein Salami dalam satu kenyataan yang disiar televisyen Iran menyatakan, pencerobohan ruang udara Iran oleh dron AS itu merupakan tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara. Dalam kenyataannya, Hossein memberi amaran tindak balas lebih serius akan diambil ke atas AS tanpa mengulas dengan lebih lanjut. "Tiada orang akan mengembalikan objek yang menjadi simbol kekerasan kepada pihak yang mahu mengintip maklumat penting dan sulit berhubung keselamatan sesebuah negara (AS)," katanya. Televisyen Iran menyiarkan satu klip video pada Khamis lalu yang menunjukkan beberapa pegawai tenteranya memeriksa dron altitud tinggi itu yang dikenal pasti sebagai RQ-170 Sentinel. Media rasmi Iran memberitahu, dron pengintip itu dikesan di bandar Kashmar yang terletak sekitar 225 kilometer dari sempadan negara itu dengan Afghanistan. Washington mengesahkan mengenai kehilangan dron pengintip berkenaan. Iran menyatakan pihaknya menurunkan dron terbabit dengan menggunakan senjata elektronik. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan