Harian Metro: Global |
Posted: 11 Dec 2011 08:34 AM PST LONDON: Kereta Mercedes ini yang dihiasi dengan emas dan dan batu delima boleh menjadi milik anda dengan harga RM35 juta. Ia adalah hasil kerja pengubasuaian ahli perniagaan, Ueli Anliker yang menghabiskan lebih daripada RM17 juta untuk mengubah kereta berharga RM150,000 itu menjadi 'Impian Emas Merah Anliker McLaren SLR 999.' Mercedes McLaren SLR adalah kereta keluaran paling eksklusif syarikat pembuat kereta Jerman itu.
Ahli perniagaan Switzerland itu menggaji 35 pekerja yang menghabiskan masa 30,000 jam untuk mengecat kereta itu dengan 25 lapisan cat merah yang dicampur dengan serbuk emas.
Sementara itu, kekuatan enjin 5.4 liter kereta itu ditingkatkan daripada 640bhp kepada 999bhp, untuk membolehkannya mencapai kelajuan sehingga lebih 210 kilometer sejam.
|
Cubaan seludup 2 kilogram kokain dalam perut gagal Posted: 11 Dec 2011 08:31 AM PST SAO PAULO: Seorang lelaki Britain ditangkap kerana cuba menyeludup dua kilogram kokain dari Brazil, di dalam perutnya. Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Congonhas di Sao Paulo ketika cuba menaiki pesawat menuju ke Senegal.
Lelaki itu yang namanya belum didedahkan, ditangkap ketika mendaftar masuk apabila polis menyedari ada yang tidak kena dengan pasportnya.
Polis berkata, dadah yang bernilai 286,000 (RM1.4 juta) itu ialah untuk jualan di Eropah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan