Khamis, 20 Oktober 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Derita buah zakar terlampau besar

Posted: 19 Oct 2011 08:55 AM PDT

LAS VEGAS: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.

Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.


Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.

Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.


Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.


Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.

"Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah," katanya.


Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa.

Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.


"Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri," katanya.


Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008.


"Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola," katanya.


Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau. - TS

Full content generated by Get Full RSS.

3 ditahan cuba ‘jual’ tapak Kedutaan Indonesia di Korea Selatan

Posted: 19 Oct 2011 08:52 AM PDT

SEOUL: Tiga warga Korea Selatan ditahan selepas cuba menjual tapak Kedutaan Indonesia di negara itu dan mengambil RM5.3 juta daripada pelabur berminat, kata polis semalam.

Menurut polis Korea Selatan, ketiga-tiga suspek itu meyakinkan pelabur pada 2009 bahawa bangunan kedutaan itu akan dipindahkan dan tapak di situ bakal dibangunkan sebagai pusat perdagangan.


Seorang daripada lelaki terbabit - dikenali sebagai Kwon dan mempunyai isteri warga Indonesia - turut membawa sembilan iparnya ke Seoul semata-mata meyakinkan pelabur kononnya mereka adalah kakitangan Kedutaan Indonesia.

Selain isteri Kwon, ipar dan pemandunya bersekongkol dengan penipu itu dengan mengadakan perbincangan bersama bakal pelabur.


Polis berkata, Kwon dan rakannya kemudian memalsukan dokumen dengan meyakinkan ia ditandatangani "Timbalan Pengarah Jabatan Perundangan Kementerian Luar Indonesia." Ketiga-tiga suspek mengambil RM5.3 juta daripada tujuh pelabur dengan janji mereka bakal mendapat pulangan sehingga RM356 juta.


Sementara itu, kerajaan mengesahkan tiada sebarang rancangan untuk memindahkan Kedutaan Indonesia ke lokasi lain. Penipuan itu terbongkar selepas pelabur terbabit menghantar dokumen bertulis bahasa Indonesia itu ke Kedutaan Korea Selatan di Jakarta untuk mendapat kepastian mengenai kesahihannya.

Dua daripada suspek terbabit melarikan diri ke Indonesia tetapi berjaya ditahan dan dihantar ke Seoul minggu lalu. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan