Khamis, 20 Oktober 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Manila rampas 25 bot China

Posted: 19 Oct 2011 02:50 PM PDT

Dunia

Tentera Filipina bertindak selepas bertembung di Laut China Selatan

MANILA: Filipina semalam berkata ia merampas 25 bot kecil China selepas tentera lautnya bertembung dengan kapal nelayan besar di perairan Laut China Selatan yang menjadi rebutan.

Pertembungan kelmarin menyusul siri kejadian antara kedua-dua negara di Laut China Selatan tahun ini yang membawa kepada ketegangan hubungan diplomatik.

Pihak berkuasa Filipina berkata, kapal China yang lebih besar menunda 25 perahu kayu enjin berhampiran Tebing Reed, kira-kira 150 kilometer dari kepulauan Palawan di barat negara Filipina. Kapal China itu tersesat ke dalam perairan kami, kata jurucakap Jabatan Luar Filipina, Raul Hernandez.

Bagaimanapun, dia tidak memandang serius pertembungan itu, menyifatkan ia sebagai kejadian kecil dan berkata Filipina mempertimbangkan untuk mengembalikan bot kayu berkenaan, yang tiada orang ketika ditemui.

Kapal lebih besar melepaskan perahu berkenaan apabila didekati kapal tentera laut Filipina, kata ketua tentera wilayah, Mejar Jeneral Juancho Sabban.

Kami mahu menjelaskan tiada niat buruk di pihak kami. Prosedur normal ialah mendekati mereka dan memberitahu mereka berada dalam wilayah kami, dan jika menangkap ikan, mereka perlu ada kebenaran daripada kerajaan.
Ketika tentera laut mendekati, induk kapal tiba-tiba memutuskan tali tunda dan meninggalkan bot kecil. Kami mungkin menakutkan mereka, katanya sambil menyangkal laporan media tempatan kapal tentera laut sengaja melanggar kapal nelayan China.

Pihak berkuasa Filipian berkata, mereka tidak tahu mengapa kapal berkenaan menunda banyak bot kecil.

Jurucakap Kedutaan China, Sun Yi, berkata pegawai hubungan tentera negaranya ke Filipina masih belum memberikan laporan mengenai kejadian itu.
Sehingga itu, saya tidak dapat memberi komen mengenainya, katanya.

China menuntut semua tapak bersejarah Laut China Selatan termasuk perairan yang hampir dengan pantai Filipina dan negara Asia Tenggara lain. Taiwan, Vietnam, Brunei dan Malaysia turut bersaing menuntut sebahagian kawasan perairan itu. AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Yudhoyono ikrar banteras rasuah

Posted: 19 Oct 2011 02:49 PM PDT

Dunia

Rombakan Kabinet tingkat keyakinan pelabur asing

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berikrar untuk membanteras rasuah ketika menerima sumpah menteri baru ke Kabinetnya semalam, dalam usaha meningkatkan keyakinan pelabur dan penilaian yang rendah.

Rombakan Kabinet yang sudah lama dinantikan termasuk perubahan kepimpinan di 12 daripada 34 kementerian, memfokuskan peningkatan pengurusan ekonomi negara yang dihalang oleh prasarana miskin dan rasuah berleluasa.

Apa saja terjadi, pembasmian rasuah akan menjadi agenda utama kami. Tidak adil jika kita berkerja siang dan malam untuk meningkatkan kebajikan rakyat jika duit kerajaan dicuri oleh beberapa orang tidak bertanggungjawab, kata Yudhoyono. Beliau menambah rombakan itu bertujuan memastikan daya tahan kepada kegawatan ekonomi global di Amerika Syarikat dan Eropah dan berikrar untuk mengimbangi belanjawan nasional menjelang 2014, tahun akhirnya sebagai presiden.

Lantikan utama presiden adalah Menteri Baru, Gita Wirjawan, seorang ahli perbankan yang dihormati mungkin menyokong perubahan birokrasi di republik yang mempunyai penduduk 240 juta penduduk.

Bagaimanapun penganalisis Indonesia berkata lantikan baru yang diumumkan kelmarin tidak mungkin dapat memperbaiki salah tadbir ekonomi di negara itu.

Rombakan besar-besaran tidak boleh memberi kesan besar kepada pelaburan kerajaan. Kerajaan hanya mempunyai tiga tahun bagi penggalnya dan mempunyai menteri baru tidak semestinya efisyen, kata pakar ekonomi Standard Chartered, Fauzi Ichsan.
Indonesia adalah anggota kumpulan G20 kumpulan pemimpin ekonomi dan mempunyai pertumbuhan ekonomi yang paling pantas di dunia dengan pertumbuhan dijangkakan dengan enam peratus tahun ini.

Ia dihimpit dengan kerenah birokrasi, terperangkap dalam rasuah dan pelabuhan, jalan dan lapangan terbangnya tidak mampu menampung pertumbuhan yang diharap dalam beberapa tahun lagi, menurut pelabur dan penganalisis.

Tahun lalu, kerajaan mengumumkan pelan membelanjakan 149 bilion dolar (RM464.4 bilion) dalam prasarana sehingga 2014, lebih separuh datang daripada sektor swasta. AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan