Berita Harian: Dunia |
Posted: 12 Oct 2011 01:27 PM PDT Dunia Setuju tukar 1,000 tahanan Palestin dengan seorang tentera YahudiBAITULMAQDIS: Kerajaan Israel akhirnya tunduk dengan syarat pergerakan Hamas yang mentadbir Gaza kelmarin apabila bersetuju menukar lebih 1,000 tahanan Palestin dengan seorang tentera Israel yang kini ditawan kumpulan pejuang itu, Gilad Shalit, sekali gus menamatkan antara isu paling sensitif antara kedua-dua belah pihak. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang meminta Kabinetnya meluluskan pertukaran itu selepas menerima tekanan dalaman berterusan untuk membawa pulang Shalit, berkata anggota tentera itu akan bersatu semula dengan keluarganya dalam tempoh terdekat. Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menyambut baik perjanjian itu, yang menyaksikan Mesir dan Jerman bertindak sebagai orang tengah, melepaskan tembakan sebagai meraikannya.Perjanjian yang sebelum ini berulang kali menemui kegagalan untuk membebaskan Shalit sejak ditangkap pada tahun 2006, tidak memberi kesan secara langsung kepada rundingan damai Asia Barat. Prospek memulihkan keamanan di wilayah itu dibayangi permohonan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara merdeka Palestin dan meminta tindakan meluaskan penempatan penduduk Israel dihentikan jika mahu rundingan dimulakan sekali lagi. Sumber yang terbabit dalam rundingan berkata, perjanjian itu disarankan Mesir dan ia dijangka memperbaiki sedikit hubungan rejim Zionis dengan Kaherah yang berdepan masalah sejak kejatuhan pemimpin Mesir, Hosni Mubarak. Dalam kempen yang dilancarkan ibu bapa Shalit untuk membebaskannya, saudara mara penduduk Israel yang maut dalam serangan penduduk Palestin, melobi Netanyahu tidak menyerah kalah kepada Hamas dengan membebaskan tahanan Palestin. Ada kira-kira 6,000 tahanan Palestin di penjara Israel. Mereka dianggap wira dan digelar penduduk Palestin perjuangan menentang pencerobohan Israel dan memohon penubuhan negara berdaulat. "Kami gembira dengan penca-paian ini dan amat bersyukur. Bagaimanapun, kegembiraan kami bercampur sedih kerana tidak mampu mendapatkan kebebasan untuk semua tahanan," kata Meshaal dalam ucapan yang disiarkan dalam televisyen dari Damsyik. Televisyen Israel memetik Netanyahu sebagai memberitahu ibu bapa Shalit sejak berkuasa tiga tahun lalu dia menunggu peluang membuat panggilan telefon untuk memberitahu mereka mengenai perjanjian itu. Keluarga Shalit yang mendirikan khemah sebagai tanda protes berhampiran kediaman Netanyahu di Baitulmaqdis selama beberapa bulan, menuduh dia tidak cukup berusaha membebaskan Shalit. – Agensi |
AS tuduh ejen Iran bunuh duta Arab Saudi Posted: 12 Oct 2011 01:24 PM PDT Dunia Pasukan Quds didakwa di mahkamah persekutuan New YorkWASHINGTON: Amerika Syarikat menuduh ejen kerajaan Iran terbabit dalam plot untuk membunuh duta Arab Saudi ke negara itu. Adel A al Jubeir dengan bantuan anggota kartel dadah Mexico, lapor akhbar Arabnews yang memetik AP. Peguam Negara, Eric Holder berkata, Amerika mahu Iran bertanggungjawab. Dua orang termasuk seorang anggota unit operasi khas Iran yang dikenali Pasukan Quds didakwa di mahkamah persekutuan New York. Presiden Barack Obama menyifatkan yang rancangan pembunuhan itu sebagai melanggar undang-undang Amerika dan antarabangsa secara terang-terangan."Kami tidak akan membenarkan negara lain menggunakan tanah kami sebagai medan perang mereka," kata Preet Bharara, peguam Amerika di Manhattan, pada sidang media Washington bersama Holder dan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Robert Mueller. Holder menuduh rancangan itu angkara Angkatan Pengawal Revolusi Islam (IRGC), pengawal revolusi Iran yang berusia 32 tahun dan pasukan rahsianya, Quds. "Pegawai atasan dalam agensi kerajaan Iran bertanggungjawab terhadap rancangan ini," katanya.
Beliau berkata, plot itu membabitkan pemantauan panggilan antarabangsa, wang dadah Mexico dan cubaan meletupkan sebuah restoran Washington. Ditanya sama ada rancangan itu dibuat dengan restu kepemimpinan kerajaan Iran, Holder berkata, Jabatan Kehakiman tidak mahu membuat tuduhan. Sementara itu, pembantu Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menafikan republik itu terbabit dengan rancangan membunuh misi Arab Saudi ke Washington dalam serangan besar-besaran. – AP/Reuters/Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan