Harian Metro: Global |
Posted: 25 Aug 2011 08:35 AM PDT TRIPOLI: Pertempuran memuncak di Bab al-Azizya semalam apabila tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi bangkit semula sehari selepas ia ditawan pemberontak. Wartawan mendakwa, tentera terbabit melawan menggunakan senjata ringan, mesingan, pelancar roket dan mortar.
Bagaimanapun, pemimpin pemberontak berkata, mereka yakin mampu menyingkirkan tentera terbabit dari kawasan itu tidak lama lagi.
"Ada berpuluh-puluh penembak curi tetapi kami tidak pasti di mana mereka berada," katanya.
Kata Gaddafi, dia meninggalkan Bab al-Azizya sebagai langkah taktikal selepas kawasan berkenaan musnah terkena 64 bom Nato.
|
4 wartawan Itali dibebas penculik Posted: 25 Aug 2011 08:34 AM PDT ROME: Empat wartawan Itali diculik tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi kelmarin, dibebaskan semalam, kata Kementerian Luar negara itu, semalam. Jurucakap kementerian itu berkata, dua daripada wartawan itu membuat liputan konflik Libya untuk akhbar harian Corriere della Sera, manakala setiap seorang lagi untuk La Stampa dan Avvenire.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan