Harian Metro: Global |
Posted: 01 Aug 2011 08:41 AM PDT ROME: Dua puluh lima mayat ditemui dalam bot yang membawa 296 pendatang Afrika yang belayar dari Libya dan tiba di Pulau Lampedusa di Laut Sicily semalam. Penumpang yang terselamat berkata, mangsa bersesak-sesak dalam bahagian kargo bot berkenaan dan mati akibat asap enjin, lapor agensi berita Ansa.
Bot itu yang membawa pendatang dari Sahara, Afrika, meninggalkan Libya tiga hari lalu.
|
Posted: 01 Aug 2011 08:40 AM PDT SYDNEY: Seorang wanita Australia yang hidup lebih 15 tahun dengan span sebesar saiz buah limau gedang yang dijahit di dalam tubuhnya selepas menjalani pembedahan di perut akan menyaman doktor terbabit atas kecuaian, lapor akhbar, semalam. Helen O'Hagan mendakwa span itu ditinggalkan dalam perutnya oleh pakar bedah, Samuel Sakker ketika rawatan kolektomi pada 1992, menurut laporan Sydney Morning Herald.
Helen berhak menyaman Sakker atas kecuaiannya atau salah laku dalam menjalankan tugas ekoran insiden itu, walaupun pakar bedah itu kini sudah bersara dan meminta kes itu digugurkan kerana Helen mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan undang-undang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan