Berita Harian: Dunia |
Posted: 02 Aug 2011 03:50 PM PDT Dunia Letupan gegar mesyuarat HizbullahBEIRUT: Israel cuba membunuh pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dengan satu letupan bom di kawasan mewah Beirut, Jumaat lalu, tetapi usahanya menemui kegagalan, lapor akhbar Kuwait, Al Jareeda yang memetik sumber tidak dinamakan, semalam. Sumber memberitahu akhbar berkenaan bahawa Israel bertindak selepas mendapat maklumat bahawa Nasrallah dijangka mengadakan mesyuarat dengan pegawai kanan pergerakan Syiah itu, termasuk dengan bekas tahanan negara Yahudi itu, Samir Kuntar. "Tiada berita mengatakan Nasrallah cedera, tetapi beberapa anggota Hizbullah dilaporkan cedera dalam serangan itu," kata sumber itu.Antara yang cedera termasuk ketua tentera Hizbullah, Mustafa Badr al-Din, yang dikehendaki oleh Tribunal Khas bagi Lubnan kerana terbabit dalam pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafik Hariri. Banyak khabar angin bertiup mengenai letupan itu, tetapi beberapa jam selepas kejadian Hizbullah mengeluarkan kenyataan memaklumkan kejadian disebabkan kebocoran gas dan tiada siapa yang cedera. Kenyataan itu diragui pemerhati kerana anggota Hizbullah kemudian mengadakan sekatan di sekitar kawasan terbabit.
Pemimpin Syiah itu juga mengumumkan bahawa sesiapa yang mengancam projek maritim masa depan Lubnan akan menghadapi padah. Dalam ucapan secara langsung di televisyen sebagai menyambut kemenangan ke-5 Perang Lubnan ke-2, Nasrallah juga berjanji membalas dendam selepas Israel cuba menggali sumber asli di kawasan yang didakwanya perairan Lubnan. Samir Kuntar adalah antara tahanan terkenal di penjara Israel. Dia dibebaskan oleh Israel sebagai tukaran kepada mayat askar Yahudi, Ehud Goldwasser dan Eldad Regev pada 2008. Kuntar terbabit dalam serangan di Nahariya yang menyebabkan kematian seorang anggota polis dan tiga anggota keluarga Nahariya pada 1979. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Muhammad Ali tolak alasan Breivik Posted: 02 Aug 2011 03:49 PM PDT Dunia Muhammed Ali Dalam surat terbuka disiarkan semalam, ketika menyuarakan kecewa dengan tindakan Anders Behring Breivik, 32, Ali menolak kebimbangan pelampau Kristian itu yang mendakwa kewujudan pelbagai budaya adalah punca tragedi. "Saya kecewa, bukan hanya kerana kematian sia-sia ramai mangsa tidak bersalah, termasuk orang muda, tetapi juga disebabkan dakwaan mengenai punca tindakan kejam ini dilakukan. "Kebimbangan terhadap pelbagai budaya menunjukkan kurangnya persefahaman yang wujud dalam masyarakat pelbagai etnik, keturunan dan agama," katanya dalam surat yang disiarkan oleh akhbar VG. – AFPFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan