Harian Metro: Global |
Posted: 15 Jul 2011 09:09 AM PDT LONDON: SEORANG lelaki menjadi datuk paling muda di Britain pada usia 29 tahun selepas anak perempuannya melahirkan anak ketika berusia 14 tahun. Shem Davies juga berusia 14 tahun ketika pertama kali dia menjadi bapa.
Ava Grace diletakkan dalam inkubator selepas dilahirkan sepuluh minggu lebih awal - dengan berat kurang daripada 0.9 kilogram.
"Saya boleh mengherdiknya tetapi apa gunanya? "Saya tahu betapa sukarnya keadaan selepas ini kepada mereka kerana saya pernah melalui pengalaman sama pada usia itu.
"Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi itu dan saya melarikan diri." Ibu Tia, pekerja kafeteria, Kelly, 30, berkata: "Mimpi ngeri saya ialah Tia akan mengulang kesilapan saya dan hamil pada usia muda.
|
Kereta buruk jadi Bugatti Veyron Posted: 15 Jul 2011 09:07 AM PDT MIAMI: Ia kelihatan seperti Bugatti Veyron bernilai AS$1.6 juta (RM4.8 juta) - tetapi kereta sport mewah ini boleh menjadi milik anda hanya pada harga $89,000 (RM267,000). Peminat model Super Sport itu menukar kereta Ford buruk bernilai 1,000 pound (RM5,000) miliknya kepada Bugatti Veyron - yang kini dijual pada harga RM267,000.
Badan kereta yang direka khas menjadikan ia sukar dibezakan dengan Bugatti Veyron yang berharga satu juta pound (RM5 juta) dan ruang dalamannya sudah diubah dan dibalut dengan kulit.
Duke berkata: "Saya mahu wajah jutaan dolar tanpa bil pembaikan, insurans dan kos tinggi lain.
"Saya sangat gembira dengan hasil usaha saya dan sudah tentu lebih banyak komen daripada yang dijangkakan saya terima ketika memandu kereta itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan