Berita Harian: Dunia |
Posted: 18 Jul 2011 03:07 PM PDT Dunia Pendandan rambut kurung lelaki 3 hari untuk beri pengajaranMOSCOW: Seorang lelaki Russia yang cuba merompak sebuah salon dandanan rambut, menerima padah apabila pemiliknya, seorang wanita yang memiliki tali pinggang hitam karate, membelasahnya sehingga pengsan sebelum diikat dalam keadaan bogel dan dijadikan hamba seks selama tiga hari. Akhbar Daily Mirror melaporkan, Viktor Jasinski, 32, pergi ke salon dandanan rambut di Meshchovsk, 218 kilometer dari Moscow itu sambil membawa pistol dengan tujuan untuk merompak. Ketika cuba mendapatkan wang kutipan harian di salon terbabit pemiliknya, Olga Zajac, 28, menendang dan membelasah Jasinski sehingga pengsan.Zajac mengheret Jasinski ke sebuah bilik di belakang salon itu dan mengikatnya pada tangki menyimpan air dengan menggunakan wayar pengering rambut. Beliau kemudian membogelkan Jasinski dan menjadikan lelaki itu sebagai hamba seksnya selama tiga hari dengan tujuan 'memberi pengajaran'. Zajac bagaimanapun membebaskan Jasinski tiga hari kemudian dan mengusirnya. Jasinski pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada kemaluannya yang membengkak sebelum membuat laporan polis. Jasinski berkata sepanjang tempoh dikurung dia tidak diberi makan atau minuman, sebaliknya hanya dipaksa menelan pil viagra. Ketika disoal polis, Zajac mengakui mereka mengadakan hubungan seks beberapa kali tetapi menafikan tidak memberi Jasinski makan. "Dia sungguh jahat. Ya kami melakukan hubungan seks beberapa kali. Saya membelikan dia seluar jeans baru, memberi dia makanan, malah saya juga memberinya 1,000 rouble (RM150)," katanya. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
65 berlian ditemui di kawasan serangan Mumbai Posted: 18 Jul 2011 03:05 PM PDT Dunia MUMBAI: Pekerja menyelamat dan polis menjumpai 65 butir berlian dari timbunan runtuhan di sebatang jalan yang menjadi pusat jualan batu permata di Mumbai yang menjadi sasaran pengeboman minggu lalu, kata kumpulan industri semalam.Kumpulan pekerja membuat penemuan itu ketika membersihkan runtuhan dan lopak berlumpur di kawasan Dewan Opera di selatan bandar, satu daripada tiga kawasan yang diserang Rabu lalu yang mengakibatkan 19 maut. Kawasan itu adalah lorong yang dipenuhi dengan kedai borong dan rangkaian kedai runcit berlian di mana pada hari biasa kelihatan sibuk dengan pengangkutan yang memindahkan barangan. "Kami menjumpai 65 butir berlian," kata ahli jawatankuasa Persatuan Saudagar Berlian Mumbai, Jayesh Labdhi."Kami akan mengadakan mesyuarat dan kemungkinan barang perhiasan ini akan dilelong. Hasilnya akan membantu mereka yang cedera atau kehilangan nyawa," katanya. Presiden persatuan itu Bharat Shah, bagaimanapun berkata kebanyakan peniaga mungkin masih cuba mencari harta benda yang hilang akibat letupan itu. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan