Sabtu, 14 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Kuan Yew, Chok Tong bersara

Posted:

Kuan Yew, Chok Tong bersara

Kuan Yew, Chok Tong bersara


Lee Kuan Yew (kiri) dan Goh Chock Tong mengangkat sumpah semasa pembentukan kerajaan baru di Istana Presiden, Singapura pada 12 Ogos 2004. – REUTERS


SINGAPURA 14 Mei – Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan, Goh Chok Tong hari ini mengumumkan peletakan jawatan mereka dari Kabinet bagi memberi peluang kepada pemimpin generasi muda menentukan masa depan politik republik ini.

Pengumuman mengejut itu dibuat seminggu selepas pihak pembangkang meraih kejayaan paling besar dalam pilihan raya umum negara sejak Parti Tindakan Rakyat (PAP) memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Kami telah mengkaji situasi politik masa kini dan memikirkan bagaimana ia akan memberi kesan kepada masa depan.

"Selepas keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan satu titik perubahan, kami memutuskan untuk melepaskan semua jawatan dalam Kabinet dan memberi peluang kepada menteri-menteri lebih muda untuk mendekati golongan muda dalam menentukan hala tuju negara," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dijangka membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat selepas memenangi pilihan raya pada 7 Mei lalu.

Walaupun PAP memenangi 81 daripada 87 kerusi yang dipertandingkan, pihak pembangkang buat pertama kalinya berjaya menggoyahkan kekuatan parti pemerintah dengan mengurangkan majoriti undian.

Kuan Yew, 87, adalah Perdana Menteri Singapura dari tahun 1959 hingga 1990, sebelum digantikan oleh Chok Tong sehingga 2004.

Kedua-dua mereka memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya 7 Mei lalu dengan PAP memenangi 60 peratus undi, merosot berbanding 67 peratus semasa pilihan raya 2006 dan 75 peratus pada pilihan raya 2004.

Parti Pekerja pula memenangi enam kerusi, jumlah paling banyak diperoleh parti pembangkang sejak negara ini merdeka. – AFP/AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PROTES

Posted:

PROTES

PROTES


Penunjuk perasaan lari bertempiaran apabila polis antirusuhan melepaskan meriam air bagi menyuraikan tunjuk perasaan yang diadakan di Chile, kelmarin. – REUTERS


BERIBU-RIBU rakyat Chile semalam berhimpun di jalanan bagi memprotes pembinaan empangan hidroelektrik gergasi, HidriAysen yang didakwa akan mengancam alam sekitar negara ini dan negara jiran.

Protes dilancarkan oleh aktivis alam sekitar selepas penggubal undang-undang alam sekitar memberi lampu hijau kepada projek bernilai AS$3.5 bilion (RM10.5 bilion) itu yang akan dibina di pedalaman Patagonia, Santiago bagi memenuhi permintaan tenaga negara.

Pakar alam sekitar meramalkan, pembinaan empangan yang melibatkan 6,000 hektar kawasan itu akan memberi kesan segera kepada ekosistem Chile dan Argentina serta turut memberi kesan kepada Uruguay, Paraguay dan Bolivia dalam jangka masa panjang. – AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan