Sabtu, 14 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bomoh Nigeria punyai 89 isteri

Posted: 13 May 2011 10:10 AM PDT

LOS ANGELES: Seorang bomoh dari Nigeria berkata, dia tidak bercadang untuk menambah isteri lagi selepas kahwin 107 kali dan memperoleh 185 anak.

Menurut Bello Maasaba, ketaatan adalah ciri paling dihargai pada setiap isterinya.


Kini memiliki keluarga lebih 5,000 orang, Bello, 87, mendakwa dia diperintah Tuhan menjadi bomoh dan kerap bertukar isteri pada 1970-an.

"Saya hanya berkahwin dengan seseorang wanita selepas mendapat wahyu.


"Jika bukan kerana perintah Tuhan, dua isteri mencukupi untuk saya," katanya kepada akhbar Los Angeles Times, semalam.


Bagaimanapun, keputusan Bello itu menyebabkan pertikaian kepada pihak berkuasa Islam di tempatnya di Bida, Nigeria.

Menurut syariat Islam, seseorang lelaki hanya dibenarkan memiliki empat isteri pada satu-satu masa.


Justeru, kerajaan menahan Bello pada September 2008 dan menyumbatnya ke penjara selepas dia enggan menceraikan 82 isterinya dan meneruskan perkahwinan dengan empat isteri saja.

Mahkamah Tinggi Nigeria kemudian bersidang dan membenarkan Bello dibebas selepas 57 isterinya mengaku mereka berkahwin atas kehendak sendiri.


Kini, Bello hidup bertemankan 89 isteri dalam bangunan 89 bilik.


Pasangan paling muda Bello berusia 19 tahun, manakala tertua 64 tahun.


Sembilan daripada isterinya mati dan 12 lagi diceraikan kerana ingkar.


Daripada 185 anak, cuma 133 waris Bello masih hidup.


Sebagai bomoh, Bello melarang anaknya mendapatkan rawatan di hospital apabila sakit, sebaliknya dia sendiri cuba mengubati mereka.


"Jika sakit, mereka mesti memberitahu saya dan berdoa, tapi sesetengah isteri saya kurang yakin," katanya.


Pada ketika tertentu, kata Bello, ada isterinya yang membawa anak mereka ke hospital tanpa pengetahuannya.


"Akhirnya tubuh mereka akan membengkak dan mati," katanya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penonton berang aktres porno diundang jadi tetamu televisyen

Posted: 13 May 2011 10:01 AM PDT

LONDON: Orang ramai mengecam stesen televisyen ITV semalam kerana mengundang bintang filem lucah berpayu dara gergasi menjadi tetamu rancangan This Morning.

Sebahagian penonton membantah tindakan ITV menonjolkan Chelsea Charms sebagai undangan membincangkan pengalamannya dalam industri seks.


Chelsea ditemubual hos Phillip Schofield.

Seorang ibu, Paula Rogowski, menyatakan kemarahannya dalam Facebook program itu: Saya tak percaya anda mengundang wanita ini dalam rancangan anda - ia amat memalukan. This Morning bukan rancangan porno." Suri rumah, Clare Marie Sparkes, berkata anak lelakinya yang baru berusia lima tahun terkejut melihat Chelsea.


"Anak saya terkejut melihat wanita itu memiliki 'perut' yang besar," katanya.


Sementara itu, Schofield, 49, membandingkan berat buah dada Chelsea dengan mengangkat dua beg berisi dua tembikai.

Berasal dari Minneapolis, Amerika Syarikat, Chelsea memiliki buah dada besar melampau dengan menyuntiknya dengan polypropylene - sejenis cecair yang digunakan untuk membuat bungkusan. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan