Selasa, 10 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Hanya bergantung pada nasi

Posted: 09 May 2011 09:02 AM PDT

LONDON: Seorang katerer yang berdepan dengan pelbagai alahan makanan sejak lebih 10 tahun lalu kini terpaksa bergantung kepada nasi semata-mata.

Micaela Stafford, 53, sebelum ini gemar memakan makanan bergoreng ketika sarapan dan makanan yang dipanggang untuk makan malam. Tetapi kini tubuhnya menolak semua makanan termasuk susu, protein dalam bijirin, gandum, gula, minyak dan lemak.


Ibu dua anak itu menderita reaksi fizikal yang teruk jika memakan apa saja makanan, memaksanya hanya memakan nasi untuk sarapan, makan tengah hari dan malam.

Pakar perubatan bimbang Micaela boleh menderita masalah kesihatan yang serius yang belum pernah didiagnosa, menghalangnya daripada mendapatkan zat makanan.


Micaela yang berasal dari Loughborough, Leicestershire, berkata: "Jika saya melanggar pantang, saya akan terlantar di atas katil selama seminggu. Tubuh saya tidak boleh berfungsi.


"Kadang kala saya merasakan saya tidak mempunyai tenaga untuk melawannya lagi. Saya putus asa.

"Saya mahukan kehidupan saya kembali. Saya tidak mahu hidup seperti ini. Saya ingin melakukan apa saja, termasuk menikmati kari.


"Saya begitu rindukan ais krim dan makanan pencuci mulut. Saya inginkan sesuatu yang mempunyai rasa. Tetapi ia semakin sukar untuk saya." Pakar pemakanan, usus dan juga juga ahli neurologi hairan dengan keadaan yang dialami Micaela yang bermula pada 1999 apabila dia pening setiap kali memakan makanan yang berasaskan tenusu.

Semakin lama semakin banyak makanan yang tidak boleh dimakannya dan sehingga ini, hanya tinggal nasi saja.


Jika makan selain daripada nasi, Micaela mengalami sakit kepala berpanjangan dan cirit-birit serta sakit sendi di seluruh tubuhnya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 beruang kawal ladang ganja

Posted: 09 May 2011 09:00 AM PDT

TASIK CHRISTINA: Sekumpulan beruang hitam ditemui bertindak sebagai pengawal di sebuah ladang ganja di British Columbia, Kanada.

Sepuluh beruang itu ditemui Ogos lalu apabila polis melancarkan serbuan terhadap ladang berkenaan di Tasik Christina, tenggara British Columbia. Pemilik ladang, Allen Wayne Piche, dipercayai memberi haiwan itu makanan anjing untuk mengawal kira-kira 1,000 pokok ganjanya.


Beruang terbabit yang sudah kehilangan sifat semula jadinya yang takut kepada manusia, boleh dibunuh.

Mereka menjadi begitu jinak hingga seekor daripadanya memanjat kereta polis ketika serbuan itu, kata pegawai.


Beruang itu berhibernasi sejak musim sejuk lalu. Kini, pegawai perlindungan haiwan menanti masa untuk mereka keluar daripada hibernasi sebelum memutuskan nasib beruang itu.


"Mereka akan keluar bila-bila masa," kata Menteri Alam Sekitar British Columbia, Terry Lake.

Menurutnya, pegawai perlindungan haiwan akan memberi tumpuan untuk memastikan tidak ada individu yang memberikan mereka makan dan mengawasi beruang itu jika mereka menjadi ancaman.


Beruang itu mungkin ditempatkan semula di habitat yang sesuai atau dibunuh jika gagal untuk mencari makanan secara semula jadi. Sementara itu, pemilik ladang terbabit didakwa atas tuduhan memberi makanan kepada haiwan liar yang berbahaya.

Bagaimanapun, sehingga ini, belum ada tuduhan berkaitan dengan dadah dilakukan terhadapnya. - Agensi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan