Berita Harian: Dunia |
Posted: 03 May 2011 03:12 PM PDT Dunia Bipasha Basu MUMBAI: Selepas perpisahannya dengan teman lelaki sekian lamanya John Abraham, Bipasha Basu kini dikaitkan dengan pelakon gandingannya dalam filem Singularity, Josh Hartnett. Namun, jelitawan berkulit hitam manis itu tidak terganggu dan percaya khabar angin mengaitkan dirinya adalah sebahagian profesion. "Gosip tidak mengganggu saya lagi. Apa yang dilakukan oleh dua orang, mereka saja yang tahu. Dunia membuat spekulasi dan biarkan mereka lakukannya," kata Bipasha ketika dihubungi di lokasi penggambaran di Murmansk, Russia. "Semua ini adalah sebahagian tugas kami dan kedua-dua saya saya dan Josh memahaminya, Perbincangan kait mengait akan berlaku selama-lamanya. Apa yang penting ialah dua orang yang diperkatakan perlu tahu apa yang benar dan apa yang tidak," tambah aktres yang baru-baru ini dilihat membintangi filem Dum Maaro Dum.Bipasha, 32, memulakan kerjayanya sebagai seorang model meningkat naik dan kemudian menyerlah dalam layar perak dengan filem pertamanya Ajnabee pada 2001. Beliau turut berlakon dalam filem terkenal seperti Race, No Entry, Phir Hera Pheri, Omkara dan Dhoom 2. Selepas perpisahannya dengan John yang berlakon bersamanya dalam Jism, Madhoshi, dan Dhan Dhana Dhan Goal, hubungannya dikatakan semakin rapat dengan Josh dan dianggap berpotensi menjalin ikatan kasih, namun aktres itu mempertahankan bahawa beliau hanya mempunyai hubungan kerja dengan pelakon Amerika itu. "Hebat bekerja dengan Josh kerana beliau amat berbakat dan sentiasa fokus dengan kerja yang dilakukannya. Beliau seorang yang mudah untuk bekerja. Kami senang bekerja bersama dan berhasrat untuk kekal berhubung.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 03 May 2011 03:11 PM PDT Dunia LOS ANGELES: Mayat diawet dipercayai wanita yang menjadi model awal keluaran majalah Playboy atau lebih dikenali sebagai 'Playboy Playmate' dijumpai di sebuah rumah usang.Mayat itu dipercayai sudah berada di rumah milik aktres filem kategori B atau lucah, Yvette Vickers yang merangkul gelaran 'Miss Playboy' pada Julai 1959, enam bulan selepas majalah itu lelaki itu kali pertama diterbitkan. Jiran menjumpai mayat itu Rabu lalu selepas mengesyaki terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap penghuni rumah itu apabila peti suratnya dipenuhi surat dan sawang labah-labah. Rumah itu dipenuhi dengan kotak dan sekurang-kurangnya satu tingkap rosak. Alat pemanas berfungsi di bilik atas tempat mayat itu ditemui."Kami masih tidak tahu identiti mayat itu," kata Ed Winter dari Jabatan Koroner Los Angeles County. – Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan