Kosmo Online - Dunia |
- Pemberontak makin kukuh di Libya, Syria terus kacau
- Tipu hamil kerana projek sekolah
- Lindsay Lohan dipenjara 120 hari
Pemberontak makin kukuh di Libya, Syria terus kacau Posted: Pemberontak makin kukuh di Libya, Syria terus kacauASKAR-ASKAR pemberontak berdiri di atas sebuah kereta kebal tentera Muammar Gaddafi yang ditawan di Misrata kelmarin. BEIRUT - Seorang jurucakap pihak pemberontak menyatakan bandar Misrata bebas daripada tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam setelah bandar ketiga terbesar di Libya itu dikepung selama hampir dua bulan. Beberapa askar Gaddafi yang ditawan pemberontak di Misrata berkata, mereka diarah supaya berundur manakala pemerintah Libya terdahulu memberitahu, tugas memerangi pemberontak telah diambil alih oleh puak-puak tempatan. "Misrata kini bebas, pemberontak telah menang. Sebahagian tentera Gaddafi berundur dan ramai yang dibunuh," kata jurucakap pemberontak, Gemal Salem, dalam wawancara telefon dengan agensi berita Reuters dari bandar itu. Misrata merupakan satu-satunya bandar di barat Libya yang jatuh ke tangan pemberontak. Terdahulu, pada hari yang sama, jet-jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membedil kedudukan tentera Gaddafi di ibu kota Libya, Tripoli dan turut memusnahkan beberapa belas buah trak dan kenderaan membawa askar pemimpin Libya itu berhampiran bandar Adabiyah. Sementara itu di Syria, berpuluh-puluh ribu orang berhimpun di ibu kotanya, Damsyik semalam untuk mendesak agar Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan. Para penunjuk perasaan kembali berarak di jalan-jalan raya selepas pasukan keselamatan menembak mati sekurang-kurangnya 88 orang bagi menyuraikan protes besar-besaran di negara itu kelmarin. Beberapa aktivis berkata, kematian berlaku di serata tempat di Syria termasuk bandar pelabuhan Latakia, Homs, Hama, Damsyik dan perkampungan Izra'a. Tindakan keras pihak berkuasa Syria terhadap para penunjuk perasaan itu dikecam ramai pemimpin antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Di sebuah lagi negara Asia Barat, Yemen, hampir semua kedai, pasar dan sekolah di bandar Aden ditutup semalam sebagai tanda protes terhadap Presiden Ali Abdullah Salleh. Tinjauan agensi berita Reuters mendapati bandar pelabuhan di selatan Yemen itu lengang dengan hampir tiada kenderaan dilihat di jalan-jalan raya. Pergolakan di tiga negara berkenaan bermula selepas kejatuhan Presiden Tunisia, Zine El Abidine ben Ali dan rakan sejawatnya dari Mesir, Hosni Mubarak pada awal tahun ini susulan gelombang kebangkitan rakyat. Penduduk di Asia Barat kini bangkit menentang pemerintah mereka kerana menuntut pembaharuan politik, ekonomi dan kebebasan bersuara. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Tipu hamil kerana projek sekolah Posted: Tipu hamil kerana projek sekolah
YAKIMA, Washington - Setelah mengharungi kehidupan sebagai pelajar sebuah sekolah tinggi dengan kandungan yang semakin membesar, Gaby Rodriguez akhirnya membuat pengakuan mengejutkan - dia sebenarnya tidak pernah hamil. Rodriguez, 17, membuat pendedahan itu minggu ini semasa menghadiri perhimpunan pagi Sekolah Tinggi Toppenish di sini selepas guru dan rakan sekolahnya menyangka dia telah enam bulan mengandungkan anak luar nikah. Pelajar berkenaan yang mendapat semua A dalam mata pelajarannya sebaliknya memberitahu, dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang bertajuk: Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik. Sebagai bukti dia berkata benar, Rodriguez mengeluarkan bantal yang diikat dengan menggunakan wayar pada perutnya di hadapan para pelajar lain. Seterusnya, dia memberitahu, kajian sosial itu dirahsiakan dan hanya diketahui oleh seorang rakannya, ibunya, teman lelakinya dan pengetua sekolah berkenaan serta segelintir yang lain. "Saya mahu membuang bantal ini dan tidak mahu lagi meneruskannya," katanya kepada akhbar Yakima Herald-Republic selepas mendedahkan berita tersebut. Selepas Rodriguez membuang 'perut palsunya', ramai antara 700 pelajar sekolah itu, pada mulanya terkejut, namun mereka lantas bangun memberikan tepukan gemuruh kepadanya. Mengulas mengenai tindakan pelajarnya itu, pengetua sekolah berkenaan, Trevor Green berkata, Rodriguez patut dipuji kerana komitmennya meneruskan projek tersebut. "Dia mengorbankan tahun akhirnya semata-mata untuk mengetahui bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu pada usia remaja. Saya mengagumi keberaniannya," kata pengetua tersebut. Kisah pelajar berkenaan mendapat liputan meluas di AS dengan Rodriguez diundang ke rancangan bicara pagi popular, Today kelmarin untuk menceritakan pengalamannya. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Lindsay Lohan dipenjara 120 hari Posted: Lindsay Lohan dipenjara 120 hari
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Tidak cukup dia dihukum penjara 120 hari kerana melanggar perintah parol, aktres Hollywood, Lindsay Lohan, 24, (gambar) turut dimarahi hakim yang membicarakan kesnya, lapor sebuah akhbar semalam. Aktres itu yang meraih pendapatan jutaan dolar menerusi beberapa filem popular seperti The Parent Trap dan Mean Girls dibicarakan di sebuah mahkamah di sini kelmarin kerana dituduh mencuri seutas kalung berharga AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah gedung barangan kemas pada Januari lalu. "Adakah seorang yang berotak akan memakai kalung dan berjalan keluar begitu sahaja. Adakah ia satu tindakan yang nekad atau bodoh? Saya pun tidak tahu," kata hakim berkenaan, Stephanie Sautner. Sautner, bagaimanapun, memilih untuk menjatuhkan hukuman lebih ringan iaitu penjara 120 hari ke atas Lohan kerana melanggar perintah parol yang dikenakan terhadapnya pada 2007 kerana melakukan jenayah mencuri. Selain itu, beliau memerintahkan Lohan melakukan kerja amal selama 120 jam di rumah mayat daerah Los Angeles dan 360 jam lagi di sebuah rumah perlindungan wanita. Aktres itu yang sebelum ini dicemari pelbagai skandal termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol dan bercinta sesama jenis berada di dalam lokap selama lima jam sebelum dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000 (RM225,412) sementara menunggu rayuan kes tersebut. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan