Harian Metro: Global |
Posted: 06 Apr 2011 10:37 AM PDT BENGHAZI: Serangan udara Nato terhadap Libya terjejas akibat tindakan tentera Muammar Gaddafi berlindung Menteri Luar Perancis, Alain Juppe berkata, operasi Nato kini menjadi semakin rumit kerana terpaksa berdepan dengan tentera Gaddafi yang sering dikerah supaya berada dekat dengan orang awam sebagai perlindungan taktikal dalam menghadapi serangan udara pakatan itu.
Menurutnya, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Agung Nato, Anders Fogh Rasmussen mengenai keadaan di bandar berkenaan.
"Saya inginkan operasi ini berjalan dengan pantas. Tetapi seperti yang anda tahu, untuk melindungi orang awam bermakna anda tidak boleh mensasarkan serangan sesuka hati. Keadaan itu sungguh rumit," katanya kepada Radio Europe 1. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 06 Apr 2011 10:35 AM PDT ROME: Pasukan pengawal pantai Itali semalam menyelamatkan 48 pelarian dan mengesan 15 mayat selepas sebuah bot yang sarat dengan 200 orang dari Libya karam malam sebelumnya. "Kami menyelamatkan 48 orang sementara 15 mayat dikesan oleh kru helikopter," kata jurucakap pengawal pantai, Vittorio Alessandro yang berpangkalan di Pulau Lampedusa, selatan Itali.
Dalam kenyataannya, pasukan berkenaan berkata, bot sepanjang 13 meter itu meninggalkan bandar Zuwarah di barat Libya dua hari lalu.
Lebih 20,000 pendatang asing yang melarikan diri akibat kekacauan berterusan di Tunisia juga tiba di Lampedusa. Pendatang dan pelarian sering menggunakan bot usang dan bot nelayan yang sesak untuk belayar menuju ke Itali. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan