Selasa, 29 Mac 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Beyonce lepaskan bapanya

Posted:

Beyonce lepaskan bapanya

Beyonce lepaskan bapanya

NEW YORK 29 Mac - Penyanyi Beyonce tidak akan diuruskan lagi oleh bapanya, Mathew Knowles, kata ejen publisitinya, Yvette Noel-Schure.

Menurutnya, penyanyi yang pernah memenangi anugerah Grammy itu dan bapanya berpisah dari segi perniagaan tetapi tidak memberi komen siapa pengurus barunya nanti.

Menurut Beyonce, dia amat berterima kasih dengan segala yang telah diajar oleh bapanya.

"Saya membesar melihat dia dan emak saya mengurus serta memiliki perniagaan sendiri.

"Mereka merupakan usahawan yang sangat rajin dan saya akan terus mengikut jejak langkah mereka," ujarnya.

Dia tidak menjelaskan punca mereka tidak bekerjasama lagi tetapi bapanya menerusi kenyataan media yang berbeza mengatakan ia merupakan persetujuan bersama.

Menurut Knowles, perniagaan dan ikatan kekeluargaan merupakan dua benda yang berbeza.

"Saya sayang anak perempuan saya dan sangat bangga dengan dirinya serta pencapaiannya sekarang," ujarnya.

Knowles telah menguruskan anak perempuannya sejak remaja ketika dia menganggotai kumpulan Destiny's Child sekitar 1990-an sehingga dia menjadi penyanyi solo yang terkenal. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Spiderman’ takluk Burj Khalifa di Dubai

Posted:

'Spiderman' takluk Burj Khalifa di Dubai

'Spiderman' takluk Burj Khalifa di Dubai


Alain Robert memanjat Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, kelmarin. – AP


DUBAI 29 Mac – Pemanjat bangunan Perancis yang digelar 'Spiderman' berjaya menawan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai semalam, selepas bergelut dengan angin kencang yang memaksa pendakiannya tertangguh beberapa jam.

Alain Robert (gambar), 48, mengambil masa kira-kira enam jam untuk menawan bangunan setinggi 828 meter itu yang mempunyai 160 tingkat dengan menggunakan tali dan perkakas yang ditetapkan oleh penganjur.

Namun Robert menyifatkan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh penganjur dan orang ramai yang berhimpun untuk melihatnya membuatkannya bertambah gementar.

"Sebenarnya saya berhadapan dengan tekanan yang tinggi kerana mereka telah memasang beberapa peralatan keselamatan untuk saya.

"Terdapat juga skrin besar yang mempunyai ketinggian 50 meter dan panjang 30 meter bagi membolehkan orang ramai menyaksikan pendakian itu dan ini sebenarnya memberi tekanan besar kepada saya," katanya.

Robert telah ditahan banyak kali di beberapa negara kerana pihak berkuasa biasanya tidak memberi kebenaran untuk beliau membuat pendakian yang berbahaya itu.

Dia mula memanjat bangunan sejak berusia 12 tahun ketika kunci apartmennya tertinggal di dalam rumah dan memutuskan untuk memanjat apartmen setinggi lapan tingkat itu untuk memasukinya melalui tingkap yang terbuka.

Robert dilaporkan telah memanjat lebih 80 bangunan di seluruh dunia termasuk Sears Tower di Chicago dan Taipei 101 di Taiwan. – REUTERS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan