Selasa, 29 Mac 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Air radioaktif tinggi bocor

Posted:

Air radioaktif tinggi bocor

Air radioaktif tinggi bocor


GAMBAR yang dirakamkan pada 27 Mac lalu menunjukkan reaktor No.4 yang rosak teruk di loji jana kuasa Fukushima Daiichi di timur laut Jepun.


TOKYO - Air beradioaktif tinggi didapati bocor dari sebuah reaktor di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi, timur laut Jepun.

Pengumuman itu dibuat Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) yang mengendalikan loji jana kuasa yang membekalkan tenaga elektrik itu semalam ketika pertubuhan alam sekitar, Greenpeace memberitahu, ia mengesan kadar radiasi tinggi di luar zon perpindahan dekat kawasan loji.

Menurut TEPCO, radiasi berbahaya kepada manusia melebihi bacaan 1,000 milisievert sejam ditemui di dalam air di dalam beberapa terowong bawah tanah yang digunakan untuk mengalirkan air keluar dari reaktor nuklear.

Jumlah radiasi itu, kata pakar-pakar boleh menyebabkan pendarahan dalam badan manusia.

Sebelum ini, pekerja-pekerja kecemasan menyembur reaktor-reaktor nuklear Fukushima Daiichi untuk menyejukkan ia dengan menggunakan beribu-ribu tan air laut yang dipam dari sejumlah jentera bomba dan trak.

Beberapa pegawai TEPCO berkata, terowong-terowong bawah tanah itu tidak bersambung ke laut tetapi terdapat kemungkinan air tercemar radiasi itu diserap ke dalam tanah.

Pencemaran itu berlaku akibat sebahagian batang-batang bahan api nuklear di salah sebuah reaktor nuklear itu mencair selepas sistem penyejukan loji berkenaan rosak.

Sistem penyejukan loji Fukushima Daiichi yang terletak 240 kilometer ke utara kota ini, rosak dalam kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu.

Setakat ini, angka rasmi menunjukkan lebih 27,000 orang mati dan hilang di bahagian timur laut Jepun, kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.

Sementara itu, Greenpeace menyatakan, pakar-pakarnya mengesahkan bawah kadar radiasi hingga 10 mikrosievert sejam dikesan di sebuah kampung yang terletak 40 kilometer ke barat daya loji Fukushima Daiichi, iaitu melangkaui zon perpindahan dalam lingkungan 20 kilometer.

"Adalah tidak selamat untuk orang ramai tinggal di Iitate (kampung tersebut) terutamanya wanita hamil dan kanak-kanak kerana kampung ini menerima radiasi menyamai setahun dalam masa beberapa hari sahaja," kata Greenpeace dalam satu kenyataannya.

Para pekerja kini berusaha untuk membasmi ratusan tan air yang tercemar dari beberapa buah bangunan di loji jana kuasa itu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemberontak marake bandar kelahiran Gaddafi

Posted:

Pemberontak marake bandar kelahiran Gaddafi

Pemberontak marake bandar kelahiran Gaddafi


ANGGOTA-ANGGOTA pemberontak melepaskan bedilan mortar ke arah tentera pemimpin Muammar Gaddafi dekat bandar Bin Jawad semalam.


BIN JAWAD, Libya - Anggota-anggota pemberontak yang mara untuk menawan bandar kelahiran Muammar Gaddafi, Sirte semalam melepaskan tembakan mortar semasa bertempur dengan tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Para pemberontak itu menaiki sejumlah trak yang dilengkapi mesingan berkuasa tinggi.

Kumpulan itu diserang hendap tentera Gaddafi menyebabkan mereka berundur buat seketika.

Bagaimanapun, anggota-anggota tersebut membentuk semula kumpulan bagi menuju ke bandar Sirte.

"Kami berjuang menentang tentera Gaddafi. Kami mara satu hingga dua kilometer pada satu-satu masa," kata seorang anggota pemberontak, Khalif Ali, 22, di bandar Harawah.

Bagaimanapun, kemaraan pantas tentera pemberontak sejak Sabtu lepas dibimbangi akan menyebabkan mereka berdepan masalah bekalan yang tidak mencukupi.

"Kami berdepan masalah kekurangan petrol yang serius," kata seorang pejuang yang menunggu untuk mengisi minyak di bandar petroleum Ras Lanuf.

Terdahulu, stesen televisyen Al Jazeera melaporkan, pihak pemberontak menawan bandar Nawfaliyah, 20 kilometer dari sini, daripada tentera yang setia kepada Gaddafi.

Perkembangan itu menunjukkan pihak pemberontak kini berada 120 kilometer dari bandar kelahiran pemimpin Libya itu.

Seorang wartawan agensi berita Reuters, Michael Georgy melaporkan setakat semalam, situasi Sirte aman tanpa tanda-tanda berlakunya pertempuran.

Sebagai bandar kelahiran Gaddafi dan pangkalan tentera, Sirte yang terletak di antara kubu pemberontak di bandar Bengazhi dan ibu kota Libya, Tripoli, mempunyai nilai strategik serta simbolik kepada kedua-dua belah pihak.

Sekiranya bandar itu jatuh ke tangan pemberontak, mereka mendapat kemenangan psikologi yang akan memudahkan laluan mereka untuk menawan Tripoli.

Dalam perkembangan berkaitan, Rusia mengkritik serangan udara Barat yang telah mengubah arus konflik di Libya.

Rusia menyatakan, serangan-serangan udara itu menandakan Barat berpihak kepada pemberontak dalam perang saudara di Libya sekali gus melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebelum ini, PBB meluluskan serangan udara bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya bertujuan untuk melindungi orang awam daripada menjadi mangsa jet-jet pejuang Gaddafi.

Sementara itu, menjelang rundingan 35 buah negara di London hari ini, Itali mengusulkan satu penyelesaian politik bagi menamatkan krisis di Libya.

Cadangan itu antara lain melibatkan satu gencatan senjata segera, suaka politik kepada Gaddafi dan dialog antara pemberontak dengan ketua-ketua suku kaum di Libya.

Krisis di Libya bermula pada 15 Februari lalu apabila rakyat bangkit menentang Gaddafi bagi menuntut pembaharuan ke arah demokrasi.

Gaddafi memerintah negara itu sejak 1969 selepas melakukan rampasan kuasa ke atas Raja Idris yang ketika itu berada di luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan.- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kos perangdi Libya akan mencecah RM3.02b

Posted:

Kos perangdi Libya akan mencecah RM3.02b

Kos perangdi Libya akan mencecah RM3.02b

RICHMOND - Kos serangan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai serangan ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akan mencecah AS$1 bilion (RM3.02 bilion) walaupun konflik itu disifatkan bukan satu kepentingan kepada negara kuasa besar tersebut.

Wang itu digunakan untuk memusnahkan kemudahan pertahanan udara Gaddafi selain mengebom kereta kebal dan menguatkuasakan zon larangan terbang yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Para pemimpin menjangka berdepan tugas sukar untuk meyakinkan Kongres AS bagi memperoleh dana tambahan.

"Ada yang menyatakan kos hanya ratusan juta dolar. Namun, siapa tahu berapa lama perang ini akan berterusan," jelas Senator AS, Richard Lugar dalam program Meet The Press terbitan stesen televisyen NBC pada Ahad lalu.

Kos operasi di Libya dijangka meningkat dengan pantas. Misalnya, kos peluru berpandu Tomahawk yang dilancarkan dari kapal dan kapal selam berharga sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.02juta) setiap satu.

Jet pejuang F-15 Eagle milik AS yang terhempas pada minggu dilaporkan berharga AS$30 juta (RM90.82 juta).- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan