Ahad, 6 Mac 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Pertempuran sengit di Zawiyah

Posted: 05 Mar 2011 10:57 AM PST

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mengerahkan kereta kebal ke bandar Zawiyah untuk merampas semula bandar berkenaan tetapi menghadapi tentangan sengit daripada pemberontak.

"Kini, dengan meriam, kereta kebal dan kereta perisai, kami akan dapat melihat pembunuhan seperti yang berlaku di Iraq," kata seorang penduduk kepada stesen televisyen Al Arabiya.


"Pertempuran kini berlaku di pusat bandar. Lebih 15 kereta perisai memasuki Zawiyah. Pertempuran sengit berlaku di semua kawasan dan pihak berkuasa masjid menggesa penduduk keluar untuk 'berjihad' menentang tentera Gaddafi," kata saksi itu.

Stesen televisyen Al Jazeera turut menyiarkan laporan serupa di Zawiyah, 50 kilometer ke barat Tripoli dan mendakwa kereta kebal juga membedil kediaman penduduk.


Jurucakap pasukan pemberontak yang dihubungi Reuters menerusi telefon berkata, tentera Gaddafi menguasai sebahagian besar bandar itu selepas pertempuran Jumaat lalu tetapi berdepan dengan pemberontak yang berlindung di dalam bangunan di sekitar dataran utama bandar itu.


"Ada sesuatu yang buruk akan berlaku hari ini (semalam). Perang akan meletus," kata jurucakap pemberontak, Youssef Shagan.

Menurutnya, tentera Gaddafi mengepung semua jalan raya.

"Mereka menggunakan kereta kebal dan senjata berat untuk melindungi askar mereka. Kami mahu menawan semula Zawiyah, tidak kira dengan apa cara sekalipun," katanya.


Di timur Libya, pasukan pemberontak berkata, mereka menawan bandar Bin Jawad, 525 kilometer dari Tripoli.

Sementara itu, angka kematian akibat pertempuran di sekitar Ras lanuf di timur Libya dan apa yang didakwa oleh pemberontak sebagai pengeboman tentera Gaddafi terhadap sebuah depoh senjata, juga di timur negara itu, meningkat kepada 26 orang.


Saksi berkata, jumlah itu mungkin meningkat lebih tinggi apabila lebih banyak mayat ditemui dan dibawa ke hospital. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemberontak dakwa kuasai bandar Ras Lanuf

Posted: 05 Mar 2011 10:54 AM PST

RAS LANUF, Pemberontak Libya mendakwa mereka menawan bandar ini, pusat penapisan minyak utama selepas pertempuran sengit dengan tentera kerajaan.

Dakwaan itu bagaimanapun disangkal oleh seorang pegawai kanan kerajaan.


Pertempuran yang meletus kelmarin tertumpu di pusat bandar Ras Lanuf.

Ratusan pemberontak bersorak dan melepaskan tembakan ke udara petang semalam dengan berkata mereka menguasai bandar berkenaan.


Wartawan AFP melaporkan, anggota pemberontak juga mengawal di luar perkarangan Operasi Minyak Harouge, balai polis dan pintu masuk kawasan kediaman berhampiran.


Bagaimanapun, di Tripoli, Timbalan Menteri Luar, Khaled Kaaim berkata, kerajaan masih menguasai Ras Lanuf.

"Keadaan di Ras Lanuf tenang," katanya.


Seorang doktor di bandar itu berkata, ramai yang terbunuh dan cedera akibat serangan roket.

"Kami melihat mayat bergelimpangan di jalan raya," kata seorang sukarelawan pemberontak. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan