Harian Metro: Global |
Posted: 04 Mar 2011 08:49 AM PST AL-UQAYLA,: Pemberontak Libya yang berikrar untuk 'mencapai kemenangan atau mati,' semalam mara menuju ke Ras Lanuf, sebuah bandar penapisan minyak utama di timur negara itu. Mereka turut menggesa negara asing melancarkan serangan udara bagi membantu mewujudkan zon larangan terbang selepas tiga hari berdepan dengan serangan pesawat tentera Gaddafi.
Di Tripoli, penentang pemimpin Libya itu berkata, mereka bersedia untuk berarak di bandar raya itu selepas solat Jumaat tetapi pihak berkuasa melarang media asing daripada membuat laporan mengenainya.
"Tidak ada perkara lain untuk dirundingkan," katanya.
Kekacauan di Libya menyebabkan berlakunya krisis kemanusian, khususnya di sempadan Tunisia di mana puluhan ribu pekerja asing berkumpul kerana menyelamatkan diri. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Penyokong Gaddafi kawal jalan raya sekitar Tripoli Posted: 04 Mar 2011 08:48 AM PST TRIPOLI: Pejuang yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam mendirikan sekatan jalan raya di sekitar bandar raya ini, memeriksa kereta, menjelang tunjuk perasaan antikerajaan yang dirancang selepas solat Jumaat. Ia menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan pertumpahan darah baru di ibu negara Libya itu.
Tunjuk perasaan serupa Jumaat lalu berdepan dengan tindak balas ganas apabila penyokong Gaddafi melepaskan tembakan sebaik saja tunjuk perasaan bermula, menyebabkan ramai yang terbunuh dan cedera.
Di Tajoura, sebuah daerah di timur Tripoli, tempat penunjuk perasaan diserang minggu lalu, polis mendirikan dua sekatan jalan raya di lebuh raya utama.
Sejak Jumaat lalu, penyokong Gaddafi dilapor melakukan beberapa penangkapan dan beberapa penduduk dilaporkan hilang. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan