Selasa, 15 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Kes rasuah Mubarak disiasat

Posted:

Kes rasuah Mubarak disiasat

Kes rasuah Mubarak disiasat

KAHERAH 15 Feb. - Peguam Negara Mesir, Abdul Meguid Mahmoud semalam mula menyiasat dakwaan rasuah terhadap bekas Presiden Hosni Mubarak berikutan permintaan daripada persatuan peguam negara ini.

Persatuan Peguam Mesir telah meminta pendakwa raya menyiasat sumber kekayaan Mubarak yang didakwa bernilai di antara AS$40 bilion (RM124 bilion) hingga AS$70 bilion (RM217 bilion).

Namun para peguam berkata, permintaan mereka adalah berasaskan laporan media dan kerana itu mereka menyeru 'rakyat yang berani' supaya mengemukakan sebarang bahan bukti yang ada pada mereka.

Persatuan tersebut turut melahirkan keraguan mengenai keupayaan Mahmoud, yang dilantik oleh Mubarak, untuk menjalankan siasatan secara objektif.

Dalam pada itu, Timbalan Peguam Negara, Adel el-Said menafikan laporan bahawa seramai 43 pegawai kerajaan dan ahli perniagaan sudah pun dibekukan aset mereka.

El-Said, antara kira-kira 12 pendakwa yang menyiasat kes-kes rasuah sejak kejatuhan Mubarak berkata, beliau tidak dapat mendedahkan bilangan sebenar mereka yang telah dibekukan aset sejak beberapa hari lalu.

Pejabat Peguam Negara telah pun memfailkan dakwaan terhadap tiga bekas menteri dan seorang ahli Parlimen, termasuk bekas Menteri Perumahan, Ahmed el-Maghrabi dan bekas Menteri Pelancongan, Zuhair Garana.

Aset mereka berempat telah dibekukan dan mereka dilarang meninggalkan negara ini. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua maut, berpuluh-puluh ditahan di Iran

Posted:

Dua maut, berpuluh-puluh ditahan di Iran

Dua maut, berpuluh-puluh ditahan di Iran


Penunjuk perasaan membakar sebuah tong sampah dalam satu bantahan antikerajaan di Teheran, Iran kelmarin. – AFP


TEHERAN 15 Feb. – Beribu-ribu aktivis pembangkang Iran semalam berhimpun bagi menyokong pemberontakan yang dilancarkan oleh penduduk di Mesir dan Tunisia, semalam.

Agensi berita separa rasmi, Fars melaporkan, dua individu maut sementara beberapa yang lain mengalami kecederaan.

Sebuah laman web pembangkang memberitahu, berpuluh-puluh penunjuk perasaan telah ditahan kerana menyertai protes haram yang bertujuan menguji kekuatan kumpulan reformis di republik Islam ini.

Sehingga lewat malam semalam, laungan 'Allahu Akbar' kedengaran dari atas bumbung beberapa bangunan di Teheran dalam mengenang kembali kejadian protes yang dilancarkan ke atas Presiden Mahmoud Ahmadinejad pada 2009.

Lapan maut dalam tunjuk perasaan jalanan besar-besaran yang berlarutan selama sebulan itu dan mengakibatkan beberapa penangkapan serta pelaksanaan hukuman mati.

Seorang saksi berkata, pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan yang berarak menuju ke sebuah dataran di sini.

Beberapa siri pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan turut berlaku dan berpuluh-puluh penunjuk perasaan ditahan di bandar Isfahan.

Laporan Fars mengenai keganasan penunjuk perasaan itu jelas menggambarkan pendirian keras pihak berkuasa untuk membendung kebangkitan semula pihak pembangkang.

"Dua individu ditembak mati oleh penunjuk perasaan yang mengadakan perhimpunan di Teheran, manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan," lapor Fars tanpa memberikan butiran terperinci.

Beberapa penunjuk perasaan di sini melaungkan 'Mati kepada diktator' semasa protes yang berlarutan di sesetengah kawasan sehingga lewat malam itu. – REUTERS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan