Harian Metro: Global |
Posted: 14 Feb 2011 08:57 AM PST KAHERAH: Ribuan kakitangan awam Mesir mengadakan protes, semalam, bagi mendesak diberi gaji serta keadaan kerja lebih baik. Di luar bangunan stesen radio dan televisyen kerajaan, beratus-ratus pekerja pengangkutan awam berdemonstrasi menuntut kenaikan gaji, manakala ratusan ahli Pertubuhan Belia dan Sukan Mesir turut menunjuk perasaan di Dataran Tahrir membuat tuntutan sama.
Di tengah Kaherah, kira-kira 200 anggota polis terus mengadakan protes untuk hari kedua.
Disebabkan mogok kakitangan bank terbesar Mesir - Bank Nasional - Bank Pusat terpaksa mengarahkan semua bank di negara itu ditutup.
Bagaimanapun, pasaran saham akan terus ditutup sehingga minggu depan walaupun sebelum ini pentadbirannya mengumumkan bursa itu akan dibuka esok selepas tergendala selama tiga minggu.
|
Aktivis reformasi berunding dengan junta tentera Posted: 14 Feb 2011 08:57 AM PST KAHERAH: Aktivis dalam talian yang menganjurkan kebangkitan rakyat semalam berkata, mereka kini membincangkan isu reformasi dengan pemerintah tentera Mesir. Menurut mereka, junta tentera - yang menggantung Perlembagaan pada Ahad lalu - berjanji memindanya dalam tempoh 10 hari dan mengadakan pungutan suara tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Kabinet baru yang dilantik Hosni Mubarak pada 31 Januari lalu tidak akan dibubarkan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan