Harian Metro: Global |
Posted: 20 Feb 2011 08:22 AM PST KAHERAH: Seorang doktor di Benghazi memberitahu, sekurang-kurangnya 200 mayat mangsa anggota keselamatan Libya dihantar ke hospital tempatnya bekerja sejak beberapa hari lalu. Doktor yang dirahsiakan identiti itu berkata, bekalan perubatan kini habis dan tidak mampu mengendalikan pesakit lebih daripada 70 orang.
"Saya menangis. Mengapa dunia tidak mendengar rintihan kami?" katanya.
Benghazi menjadi pusat gerakan protes ke atas kerajaan pimpinan Gaddafi sejak enam hari lalu selepas rakyat mendapat inspirasi daripada kejadian di Mesir dan Tunisia.
Mendapatkan laporan sahih mengenai insiden di Libya memang sukar kerana wartawan tidak boleh bebas bertugas di negara itu.
|
Pelampau Islam didakwa tahan tebusan di al-Baida Posted: 20 Feb 2011 08:19 AM PST TRIPOLI: Sekumpulan 'pelampau Islam' didakwa menahan tebusan di kalangan anggota keselamatan dan orang awam di bandar al-Baida, kata pegawai keselamatan, semalam. Tanpa mendedahkan identitinya, pegawai itu berkata, kumpulan terbabit mengancam membunuh tebusan terbabit kecuali kepungan dibuat pihak berkuasa dihentikan.
Sementara itu, katanya, Menteri Keadilan, Mustafa Abdeljalil, memulakan rundingan dengan kumpulan itu malam tadi bagi membebaskan tebusan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan