Harian Metro: Global |
Posted: 23 Jan 2011 09:02 AM PST JAKARTA: Setiap wanita mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kecantikan. Bagaimana rahsia penyanyi dangdut, Dewi Persik menjaga tubuhnya agar kekal seksi dan sentiasa kelihatan cantik? Menurut Dewi, rawatan kecantikan tidak semestinya mahal. Artis yang terkenal dengan 'Goyang Gergaji' itu mengaku dia meminum jamu tradisional secara rutin dua hingga tiga kali seminggu.
Dewi memberitahu dia meracik sendiri semua ramuan itu. Penyanyi berusia 25 tahun itu mendakwa banyak khasiat jika melakukan sendiri persediaan membuat jamu itu. "Ramuan jamu saya ini boleh melangsingkan tubuh, memberi stamina, mengurangkan masalah keputihan bagi golongan wanita dan mencegah bau badan. Tubuh juga akan menjadi lebih tegap dan tidak lemah," tambahnya. |
Posted: 23 Jan 2011 08:58 AM PST ISLAMABAD: Gara-gara bercinta dengan lelaki yang tidak direstui keluarga, seorang gadis dibunuh dengan menggunakan arus elektrik. Polis berkata semalam, anggota keluarga Saima Bibi, 17, memutuskan untuk membunuhnya dalam satu mesyuarat majlis desa kerana memalukan keluarga.
Perdana Menteri, Yusuf Raza Gilani memandang serius kejadian itu dan mengarahkan polis mengemukakan laporan segera, menurut kenyataan pejabatnya.
Doktor di sebuah hospital tempatan berkata, punca kematian Saima masih belum dapat dipastikan.
Anggota keluarganya memujuk dia pulang dan berjanji untuk membenarkan dia berkahwin dengan lelaki itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan