Harian Metro: Global |
Posted: 18 Jun 2013 09:56 AM PDT Los Angeles: Perang bidaan tercetus antara jutawan terkenal dalam usaha untuk mendapatkan kereta pesawat pertama di dunia yang ditawarkan untuk dijual pada harga kira-kira RM3 juta. Dengan kereta dan kesesakan jalan raya kian menjadi-jadi pada 1940-an, pereka Moulton Taylor menghasilkan cara untuk mengatasi masalah itu. Pereka warga Amerika itu membina kereta pesawat, Aerocar yang pertama pada 1949 dan membuktikan bahawa dengan sayap yang boleh dilipat untuk membolehkannya bergerak di jalan raya, ia boleh dilakukan.
Bersama-sama dengan prototaip asal, hanya empat Aerocar dibina dan pengumpul berebut-rebut untuk memiliki bahan sejarah kejuruteraan yang menakjubkan itu, yang masih boleh terbang dengan kelajuan 176 kilometer sejam.
AEROCAR ketika ujian penerbangan. "Bagaimanapun, ketika harga minyak merudum pada 1970-an serta kekurangan semangat ahli perniagaan untuk melabur dalam industri terbabit, menyebabkan minat terhadap Aerocar juga terhakis." Kenderaan sepanjang enam meter itu mempunyai dua tempat duduk yang terletak bersebelahan, empat roda, sayap selebar 10 meter dan dilengkapi dengan enjin Lycoming 0-320 yang dipasang di atas tayar belakangnya.
|
Ribery, Benzema dituduh laku seks dengan remaja Posted: 18 Jun 2013 09:09 AM PDT Paris: Bintang bola sepak Bayern Munich, Frank Ribery dibicarakan semalam atas tuduhan melakukan seks dengan seorang pelacur bawah umur yang dilanggannya sebagai 'hadiah hari jadi untuk dirinya.' Ribery, 30, pemain bahagian tengah yang sudah berkahwin berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah atas tuduhan membawa pelacur bernama Zahia Dehar ke bilik hotelnya di Jerman ketika gadis itu berusia 17 tahun dan membayarnya RM3,000 untuk seks.
Ribery yang memeluk Islam selepas berkahwin, mengaku mengadakan seks dengan Zahia, pelacur kelahiran Algeria tetapi mendakwa dia tidak tahu pelacur itu bawah umur.
Zahia sebelum ini bercakap mengenai bagaimana Ribery membayar tambang penerbangan kelas pertama berharga RM25,000 dan bilik di hotel lima bintang untuk melangganya selama semalam pada hari jadinya ke 26 pada 7 April 2010.
Dia memberitahu majalah Paris Match: "Saya adalah hadiah hari jadi Ribery. Kami berkenalan di sebuah kelab di Paris. Dia menempah saya dan membawa saya ke Munich untuk meraikan hari jadinya yang ke-26. "Dia menempatkan saya di hotel mewah di Munich. Kami mengadakan seks dan dia membayar saya. Saya menjadi hadiah istimewa untuknya." Ribery mulanya didakwa pada Julai 2010 atas tuduhan melanggan pelacur bawah usia untuk seks. Bagaimanapun, kes itu diketepikan selepas pendakwaraya gagal membuktikan dia mengetahui usia sebenar Zahia. - The Sun Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan