Berita Harian: Dunia |
Posted: 03 Jun 2013 03:06 PM PDT Singapura: Blogger republik ini merancang mengadakan perhimpunan bantahan dan mogok internet minggu ini bagi membantah peraturan baru yang dianggap menyekat kebebasan bersuara kerana memerlukan portal berita memohon lesen untuk beroperasi. Gabungan 34 blogger terkenal digelar Free My Internet akan mengadakan perhimpunan Sabtu ini, seminggu selepas peraturan baru dilaksanakan pada 1 Jun lalu.
Gelapkan laman web Blogger terbabit juga akan menggelapkan laman mereka dengan dan memaparkan perkataan #Freemyinternet selama 24 jam pada hari Khamis. Bantahan ini perlu diadakan kerana pelbagai dialog dengan kerajaan sejak lima tahun lalu mengenai kebebasan dan tiada kawal selia internet membuahkan hasil sebaliknya. Kami mahu kerajaan sedar ia perlu berunding dengan rakyat, dengan Parlimen sebelum melakukan perubahan yang dijadikan perundangan, kata jurucakap kumpulan itu, Choo Zheng Xi, pengasas bersama laman web politik popular, The Online Citizen.
Berusaha reda kebimbangan Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) minggu lalu berusaha meredakan kebimbangan peraturan baru itu menyasarkan komuniti blogger, menyatakan blog tidak dianggap sebagai portal berita. Rangka kerja lesen cuma dikenakan kepada laman yang memberi tumpuan kepada melaporkan berita Singapura dan diberitahu MDA ia mematuhi kriteria pelesenan, kata pegawai, Jumaat lalu. Choo, bagaimanapun, berkata jaminan pihak berkuasa tidak selari dengan kuasa luas peraturan baru itu.
|
Bekas profesor kena 5 bulan kes salah laku Posted: 03 Jun 2013 03:05 PM PDT Singapura: Hakim mengenakan hukuman lima bulan penjara ke atas seorang bekas profesor undang-undang semalam kerana menerima tawaran seks dan hadiah daripada seorang pelajar sebagai tukaran memberi gred baik kepadanya. Kes itu adalah antara beberapa perbicaraan isu rasuah di Singapura yang mempunyai imej pentadbiran bersih.
Hakim menyifatkan perlakuannya bercanggah dengan latar belakang defendan sebagai pegawai kanan pendidikan. Rayu hukuman Hakim Tan Siong Thye mengenakan hukuman penjara lima bulan ke atas defendan berusia 42 tahun itu dan mengarahkannya membayar denda S$514 (RM1,224).
Pelajar itu memberitahu penyiasat, dia juga menjalani pengguguran selepas mengandung anak Tey. Tan mengkritik Tey ketika sesi hukuman dengan berkata defendan jelas mengambil kesempatan terhadap pelajar itu dan berbohong selepas kes terbongkar.
Hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah tujuh tahun dan denda S$100,000 (RM$237,000).
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan