Harian Metro: Global |
Hotel angkasa pertama di dunia Posted: 27 May 2013 09:40 AM PDT Abu Dhabi: Timur Tengah bakal menjadi pusat hotel konsep baru yang membawa perubahan besar kepada industri pelancongan dengan pengenalan Hotel Angkasa. Dubai, Abu Dhabi dan Doha adalah tiga bandar raya yang berpotensi menempatkan Hotel Angkasa pertama di rantau itu.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Jerome Bottari berkata, pengunjung akan melalui pengalaman luar biasa kerana berpeluang meneroka galaksi tanpa perlu meninggalkan bumi.
REKA bentuk Hotel Angkasa di Pulau Barcelona mengikut gambaran artis. "Hotel Angkasa juga akan dibina di Los Angeles dan Hong Kong," katanya. Menurut Bottari, pengumuman mengenai projek itu di Timur Tengah akan dibuat selepas pembinaan Pulau Barcelona bermula tidak lama lagi.
"Tingkap Hotel Angkasa diperbuat daripada kaca lutsinar yang boleh bertukar menjadi lampu bagi menghasilkan persekitaran seperti di angkasa lepas," katanya.
|
Telefon Galaxy S4 mini terdedah di Internet Posted: 27 May 2013 09:35 AM PDT Seoul: Secara tidak sengaja, Samsung mendedahkan butiran telefon pintar Galaxy S4 versi mini di laman sesawang syarikat gergasi alat telekomunikasi itu, semalam. Melalui paparan itu, Samsung mempamerkan telefon berkenaan sebagai pilihan di kedai dalam taliannya. Telefon bimbit itu dijangka diumumkan secara rasmi pada Julai ini dan dilengkapi skrin 4.3 inci bagi mengatasi rungutan pengguna model sebelum ini yang menganggap skrin 5 inci terlalu besar.
Samsung juga enggan memberikan sebarang kenyataan mengenainya. Awal bulan ini, pengguna misteri di Weibo cuba menggunakan identiti PunkPanda - membocorkan gambar produk Samsung S4 mini. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan