Harian Metro: Global |
Posted: 14 May 2013 09:29 AM PDT Los Angeles: Angelina Jolie berkata dia menjalani dua pembedahan membuang payudara selepas mendapati dia membawa gen yang hampir pasti menyebabkan barah kepadanya. Aktres yang pernah memenangi anugerah Oscar itu dan pasangannya, Brad Pitt membuat pengumuman itu dalam bentuk rencana pengarang yang ditulis bagi akhbar The New York Times edisi hari ini.
Menurut Angelina, 37, dia membuat pilihan itu kerana memikirkan enam anaknya dan selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand, meninggal dunia "terlalu muda" akibat barah. "Ibu saya berjuang melawan barah hampir sedekad dan mati ketika berusia 56 tahun.
IBU Angelina, Marcheline (kiri) meninggal dunia ketika berusia 56 tahun. "Peluang saya menghidap barah menurun daripada 87 peratus kepada kurang daripada lima peratus.
"Proses saya bermula pada 2 Februari melalui prosedur penangguhan puting yang memastikan tiada penyakit di saluran payudara di belakang puting, serta melakukan aliran darah tambahan ke kawasan itu," katanya.
|
Diplomat AS disyaki intip kerajaan Russia ditahan Posted: 14 May 2013 08:43 AM PDT Moscow: Russia semalam mendakwa menahan seorang diplomat Amerika Syarikat di Moscow kerana disyaki mengintip. Menurut Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB), ejen badan itu menahan Ryan Christopher Fogle ketika diplomat terbabit cuba merekrut seorang pegawai perisik Russia.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan ejen perisikan atau setakat mana proses merekrut itu dilangsungkan. Gambar disiarkan selepas penangkapan itu menunjukkan Fogle memiliki dua rambut palsu, tiga cermin mata gelap, sebuah mikrofon, pisau dan sejumlah wang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan