Selasa, 2 April 2013

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


PBB bimbang krisis Korea makin memuncak - Ki-moon

Posted: 02 Apr 2013 09:20 AM PDT

ANDORRA LA VELLA 3 April - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyifatkan krisis di semenanjung Korea semakin memuncak dan memberi amaran kepada Korea Utara tentang ancamannya untuk membina tenaga nuklear.

"Krisis terbaru ini telah pergi terlalu jauh," katanya dalam satu sidang media di Andorra.

"Seharusnya krisis Korea boleh mula ditenangkan kerana tiada keperluan kepada percanggahan dengan masyarakat antarabangsa. Ancaman nuklear bukan satu permaianan," kata Ki-moon di sini semalam. - AFP

900,000 kanak-kanak Denmark tidak dapat bersekolah

Posted: 02 Apr 2013 09:18 AM PDT

COPENHAGEN 3 April - Sekurang-kurangnya 900,000 murid Denmark tidak bersekolah semalam selepas 60,000 guru sekolah rendah tidak dibenarkan masuk ke sekolah selepas berlaku pertikaian antara pihak Kesatuan Guru-guru Denmark dan kerajaan tempatan Denmark.

Kebanyakan guru berdiri di luar kebanyakan sekolah dengan memegang kain rentang ketika ibu bapa dan murid tiba di sekolah secara berperingkat-peringkat dengan 875,000 murid yang terjejas tidak ke sekolah ekoran konflik yang hanya akan berakhir dalam beberapa minggu lagi.

"Adalah tidak kena untuk bercakap tentang campur tangan kerajaan buat masa ini. Pertikaian itu mesti dibenarkan untuk berlangsung," kata Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt kepada media.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan