Harian Metro: Global |
Ralph jadi arnab paling berat di dunia Posted: London: Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram. Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. "Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.
Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.
|
Posted: Austin (Texas): Lelaki yang menjalani pembedahan pemindahan wajah penuh melangsungkan perkahwinan dengan seorang mangsa kebakaran semalam di gereja yang menjadi lokasi dia mengalami kecederaan ngeri lima tahun lalu. Wajah Dallas Wiens cacat sehingga tidak boleh dikenali langsung apabila dia tersentuh kabel bervoltan tinggi ketika dia bekerja di gereja berkenaan pada 2008.
Isterinya, Jamie Nash, 29, nyaris terbunuh dalam kemalangan kereta pada 2010 apabila kenderaan berkenaan terbakar ketika dia terperangkap di dalamnya.
Renjatan elektrik menyebabkan dia cedera parah dan mukanya seolah-olah cair. Tiga tahun kemudian, bapa kepada seorang anak itu menjadi individu pertama di Amerika Syarikat menjalani pemindahan muka penuh. Wiens menerima hidung, bibir, kulit, otot dan saraf baru daripada penderma tidak dikenali dan menjalani hampir 40 pembedahan. Jamie pula - berasal dari Garland, Texas - mengalami lecur 70 peratus daripada badannya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan