Kosmo Online - Dunia |
- Kamera keselamatan rakam gambar dalang bom Boston
- Gelagat para peserta pertandingan piza
- Stesen KBS haramkan video muzik Psy
Kamera keselamatan rakam gambar dalang bom Boston Posted: Kamera keselamatan rakam gambar dalang bom Boston
BOSTON - Para penyiasat Amerika Syarikat kelmarin berjaya mengesan seorang suspek yang mungkin meletakkan sebutir bom buatan sendiri semasa pertandingan Maraton Boston berlangsung di sini pada Isnin lalu. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Imej itu dirakamkan menerusi sebuah kamera keselamatan. Menurut seorang pegawai penguat kuasa undang-undang kepada agensi berita AFP, terdapat imej seorang individu dalam rakaman itu yang meletakkan bom itu. Beliau berkata, para penyiasat kini berusaha untuk mengenal pasti identiti individu itu. Akhbar Boston Globe melaporkan, imej suspek berkenaan yang dirakamkan itu menunjukkan dia meletakkan bom tersebut. Beberapa media lain menyatakan, terdapat imej yang menunjukkan suspek tersebut berlari manakala sejumlah orang lain terjatuh semasa letupan itu berlaku. Dua butir bom meletup dekat garisan penamat dalam kejadian yang menyebabkan tiga orang mati dan 180 lagi cedera. - Agensi | |
Gelagat para peserta pertandingan piza Posted: Gelagat para peserta pertandingan pizaSALAH satu aksi yang menarik ditunjukkan oleh Takumi Tachikawa semasa dia menebar doh piza.- AP PARMA, Itali - Beberapa peserta menunjukkan kemahiran mereka menebar doh pada pertandingan kategori gaya bebas Kejohanan Dunia Piza di sini kelmarin. Doh itu merupakan tepung yang diuli untuk membuat piza. Pelbagai gelagat menarik ditunjukkan oleh para peserta yang menyertai kategori itu. Kejohanan kali ke-22 itu berlangsung dari 15 hingga 17 April. - Agensi | |
Stesen KBS haramkan video muzik Psy Posted: Stesen KBS haramkan video muzik PsySEOUL – Sebuah stesen penyiaran terkenal di Korea Selatan, KBS mengharamkan video muzik baharu Psy yang berjudul Gentleman. Pengharaman yang diumumkan semalam itu dibuat kerana video muzik penyanyi rap tersebut menyiarkan adegan dia menyalahgunakan harta benda awam. Dalam video muzik itu, terdapat adegan yang menunjukkan Psy, 35, menendang sebuah kon yang diletakkan oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan di sebatang jalan raya. Kon itu diletakkan di kawasan larangan tempat meletak kenderaan. Menurut KBS, adegan tersebut tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh stesen penyiaran awam itu. Dua jurucakap stesen itu berkata, pihaknya sebelum ini pernah mengharamkan beberapa video lain kerana alasan yang sama. Video muzik berdurasi 3.54 minit yang menunjukkan Psy menari tarian goyang pinggul telah mencatatkan lebih 139 juta kali tontonan sejak ia dimuat naik di laman YouTube pada 13 April lepas. Psy juga memperkenalkan tarian kuda menerusi video muzik Oppa Gangnam Style yang turut mencipta rekod YouTube apabila ia mencatat lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu. Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memuji tindakan Psy kerana membayar sejumlah wang kepada sekumpulan pereka tari yang mencipta tarian pinggul. Anggota-anggota sebuah kumpulan nyanyian wanita dari Korea Selatan, Brown Eyed Girls pada tahun 2009 pernah membuat persembahan tarian itu menerusi lagu hit mereka, Abracadabra. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan