Berita Harian: Dunia |
Posted: 19 Apr 2013 09:30 AM PDT Polis tembak mati seorang suspek, buru lelaki kedua dari rumah ke rumah Watertown: Polis menembak mati seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam serangan bom Maraton Boston baru-baru ini selain memeriksa dari rumah ke rumah ketika memburu suspek kedua di sini sejak malam kelmarin. Pengebom juga didedahkan sebagai adik beradik iaitu Tamerlan, 26, dan Dzhokhar Tsarnaev, 19, keturunan Chechen yang memiliki status pemastautin tetap Amerika Syarikat. Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk kawasan Newton, Waltham, Belmont, Cambridge dan Allston-Brighton supaya tidak keluar rumah dan tidak membuka pintu kecuali diketuk anggota polis. Ia berikutan pembunuhan seorang polis universiti manakala seorang polis transit cedera sebelum mencuri sebuah kenderaan yang dikejar polis sebelum seorang suspek, Tamerlan, mati ditembak. Polis buru Dzhokhar Polis berkata, mereka memburu Dzhokhar, suspek memakai topi berwarna putih mengikut gambar rakaman kamera yang disiarkan kelmarin. Semalam, pihak berkuasa mengawal sepenuhnya Boston, menghentikan sistem pengangkutan dan mengarahkan penduduk tidak keluar rumah ketika buruan suspek diteruskan. Dalam kejadian membawa kematian seorang suspek, pegawai berkata, anggota polis mendekati dua lelaki berkenaan yang disusuli tembak menembak dan seorang suspek ditembak dan dibawa ke hospital sebelum mati. Suspek pengganas "Kami percaya, mereka adalah pengganas. Lelaki terbabit datang ke sini untuk membunuh. Kami perlu menahannya," kata Pesuruhjaya Polis Boston, Ed Davis mengenai buruan suspek kedua. Kejadian dramatik itu berlaku selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyiarkan gambar dan video dua suspek membawa beg galas dan memakai topi besbol beberapa minit sebelum letupan berlaku. Lima jam kemudian, seorang polis universiti ditembak mati di kampus Institut Teknologi Massachusetts (MIT). Tidak lama selepas itu, polis dimaklumkan sebuah kereta dicuri dua lelaki yang membawa pemiliknya di dalam kenderaan selama setengah jam sebelum membebaskannya. Polis mengejar kenderaan itu ke Watertown apabila beberapa butir bom dilempar ke arah kereta polis dan tembak menembak berlaku. - REUTERS |
50 peratus pesakit H7N9 bukan kerana jangkitan ternakan Posted: 19 Apr 2013 09:30 AM PDT BEIJING: Lebih 50 peratus pesakit yang dijangkiti virus baru selsema burung di China tidak mempunyai hubungan dengan ternakan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam, mencetuskan persoalan mengenai sama ada virus terbabit boleh dijangkiti di kalangan manusia. Virus H7N9 setakat ini menyerang 87 orang di China dan membunuh 17 orang, tetapi ia masih belum jelas bagaimana mereka dijangkiti penyakit itu. Seorang pegawai rasmi China awal minggu ini berkata kira-kira 40 peratus pesakit tidak mempunyai kaitan langsung dengan penternakan burung.
"Berikutan siasatan semakin mendalam kami mendapati bahawa lebih separuh daripadanya tidak mempunyai hubungan dengan ternakan," kata O'Leary. "Ia masih sejenis virus haiwan yang jarang menjangkiti manusia. Dengan pengecualian yang jarang berlaku, kita tahu bahawa orang ramai tidak mendapat sakit daripada orang lain." O'Leary berkata penyiasat menguji 80,000 burung bagi selsema tetapi hanya 40 yang diuji positif dan tiada daripadanya yang sakit. Sepasukan pakar epidemiologi antarabangsa dan pakar lain diketuai WHO dan pegawai kerajaan China akan melawat pasar ayam hidup dan hospital dalam masa beberapa hari lagi di Beijing dan Shanghai.
China memusnahkan beribu-ribu burung dan menutup beberapa pasar menjual ternakan hidup untuk cuba mengelak jangkitan. Penyembelihan ternakan secara besar-besaran adalah terlalu awal, O'Leary berkata beliau bagaimanapun tidak mengkritik apa yang sudah dilakukan. China memberi amaran lebih banyak jangkitan. Kebanyakan 87 kes dan 11 kematian berlaku di pusat komersial di Shanghai. – REUTERS |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan