Harian Metro: Global |
Posted: 18 Apr 2013 02:17 PM PDT Shandong: Seorang pelancong terperangkap di bawah sebuah loceng gangsa yang besar selepas loceng berkenaan terjatuh ke lantai kuil. Lin Wang berdiri di bawah loceng besar itu yang digunakan untuk memanggil sami Buddha melakukan upacara keagamaan, apabila rakannya membunyikan loceng itu dengan kuat di kuil di Linzi, wilayah Shandong.
"Loceng ini sudah terlalu lama dan perlu diguna dengan berhati-hati. Ia jatuh ke atas lelaki itu seperti satu perangkap. Loceng ini amat berat dan mujur dia tidak mati dihempap," kata jurucakap kuil.
TANGAN Lin Wang kelihatan di bawah loceng. BOMBA berusaha keras untuk mengeluarkan Lin. |
Kepala tersepit antara dua bangunan Posted: 18 Apr 2013 01:59 PM PDT Yulin: Kebanyakan kanak-kanak perempuan gemar bermain tali skip atau tingting bersama rakan. Tetapi, bagi kanak-kanak berusia enam tahun di Yulin, selatan China ini ditimpa malang apabila terperangkap antara dua bangunan ketika bermain bersama beberapa rakannya.
Anggota bomba menggunakan minyak pelincir untuk membantu membebaskannya selain mencabut jubin pada dinding bangunan itu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan