Kosmo Online - Dunia |
Hutan terbakar di Korea Selatan Posted: Hutan terbakar di Korea Selatan
GOSEONG, Korea Selatan - Beberapa buah helikopter daripada Perkhidmatan Perhutanan Korea Selatan memadamkan kebakaran hutan di Zon Bebas Tentera di sini, 330 kilometer ke timur laut Seoul semalam. Kebakaran itu mula dikesan di bahagian utara zon tersebut kelmarin sebelum ia merebak dalam lingkungan 100 meter dari sebuah pos kawasan pihak berkuasa negara ini. Punca sebenar kebakaran tersebut masih belum diketahui. Bagaimanapun, agensi berita Yonhap kelmarin menyatakan, kebakaran itu berjaya dikawal oleh pihak berkuasa Korea Selatan. Kira-kira 18 jam selepas kebakaran itu dikesan, askar-askar Korea Selatan yang dibantu anggota-anggota bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut daripada terus merebak. Kawasan Zon Bebas Tentera itu memisahkan negara Korea Utara dengan Korea Selatan. Beberapa pegawai menyatakan, seramai 80 anggota bomba dan sembilan jentera bomba diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk memberikan bantuan tambahan jika diperlukan. Kebakaran hutan itu berlaku ketika Korea Utara membuat ancaman untuk melakukan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan Jepun. Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat sekatan pengimportan barang-barang mewah ke Korea Utara. Sekatan itu dibuat setelah Korea Utara melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu. - Agensi | |
Kutip beg selepas pesawat terlajak Posted: Kutip beg selepas pesawat terlajakBADAN pesawat itu terputus dua. DENPASAR - Sekumpulan anggota penyelamat menggunakan sebuah bot untuk mengutip beg-beg milik penumpang dan kru yang terapung di sini semalam. Beg-beg itu bertaburan selepas ia keluar dari sebuah pesawat baharu syarikat Lion Air yang terlajak ke dalam laut semasa mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali. Walaupun pesawat Boeing 737-800 itu terputus dua, kesemua 108 orang yang menaiki pesawat tersebut termasuk tujuh kru, seorang bayi dan empat warga asing selamat. Jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, Bambang Ervan berkata, pihaknya akan melakukan siasatan bagi mengetahui punca pesawat yang berlepas dari Bandung itu terlajak kelmarin. Sebuah kumpulan yang menyiasat insiden itu telah memperoleh perakam penerbangan pesawat tersebut. Badan pesawat tersebut juga akan ditanggalkan bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan bagi mengetahui punca nahas itu. Menurut Bambang, juruterbang dan pembantunya akan disiasat sama ada mereka mengambil dadah. Nahas itu berlaku ketika hujan. Pesawat tersebut diterima oleh pihak syarikat berkenaan pada bulan lalu daripada syarikat Boeing. Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Dewi berkata, pesawat tersebut berada dalam posisi pendaratan apabila ia kemudiannya merempuh laut. "Semua penumpang yang berada dalam keadaan panik dan ketakutan kemudian menjerit kerana mereka bimbang akan lemas. "Saya meninggalkan semua barang milik saya sebelum menuju ke pintu kecemasan. "Saya keluar dari pesawat dan berenang sebelum anggota-anggota penyelamat membantu saya," katanya kepada agensi berita AP. Pesawat itu terlajak 50 meter dari landasan. Seramai 52 mangsa dirawat di hospital dengan sebahagian mereka cedera di kepala dan patah tulang. - Agensi | |
Posted: Psy perkenal tarian pinggulSEJUMLAH penonton menyaksikan aksi Psy yang menunjukkan aksinya seperti terbang semasa dia membuat persembahan. SEOUL - Bintang rap Korea Selatan, Psy kelmarin mendedahkan tarian goyang pinggul dalam video muzik terbaharunya yang berjudul Gentleman di laman YouTube. Psy juga menyanyi dan melakukan gerakan tarian tersebut semasa dia membuat persembahan yang disaksikan 50,000 orang di sebuah stadium di sini kelmarin. Video muzik penyanyi berusia 35 tahun itu kini mencatatkan lebih 13 juta tontonan selepas dimuat naik sejurus konsert Psy bermula di stadium tersebut. Video muzik penyanyi itu yang berjudul Oppa Gangnam Style telah mencatatkan lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu. Pada sidang akhbar sebelum konsertnya bermula, Psy menyatakan, dia mahu penduduk Korea Utara turut berkongsi kegembiraan dan keseronokan semasa bergembira dengan muziknya. Dia membuat kenyataan itu ketika mengulas tentang krisis di Semenanjung Korea yang semakin memuncak selepas Korea Utara mengancam mahu melancarkan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan Jepun. Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melancarkan sekatan pengimportan barang mewah ke Korea Utara kerana negara itu melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu. "Pada malam ini, kita dan 50,000 rakyat Korea...kita akan menyanyi bersama-sama dengan kuat. "Kami akan menjerit dan kita amat dekat dengan mereka (penduduk Korea Utara) supaya mereka boleh mendengar. "Adalah diharapkan menerusi Gangnam Style dan Gentleman, video muzik serta reka tari saya, mereka (penduduk Korea Utara) akan turut terhibur bersama-sama," kata Psy. Dalam video muzik itu, Psy membuat gurauan terhadap wanita-wanita antaranya dia bertindak menarik kerusi semasa mereka mahu duduk. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan