Harian Metro: Global |
Posted: New York: Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby, semalam. Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai 'Ding' berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279.
Selepas membeli dengan hanya beberapa dolar, pembelinya mempamerkan mangkuk itu di ruang tamu rumahnya.
|
Sumbat kokain dalam perut anjing Posted: Rome: Satu sindiket dadah antarabangsa dilapor memaksa anjing menelan bungkusan mengandungi kokain dan kemudian membunuh haiwan itu untuk mengeluarkan dadah berkenaan. Polis berkata, mereka menangkap 75 orang di utara Itali dan Rome kerana menggunakan anjing untuk menyeludup dadah. Sekurang-kurangnya 50 haiwan berkenaan mati dikelar untuk mengeluarkan kokain itu.
Anjing itu dipaksa menelan bungkusan mengandungi sehingga 2.8 paun kokain, lapor agensi berita Itali, Ansa.
Mereka berdepan dengan tuduhan jenayah, menyeludup dadah dan memiliki senjata secara haram, lapor Ansa.
Kerap berlaku keldai dadah itu mati selepas bungkusan dadah berkenaan bocor dalam perut mereka.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan