Harian Metro: Global |
Kereta lasak enam roda pertama Mercedes Benz Posted: Mercedes Benz semalam mendedahkan keluaran terbaru - kereta lasak enam roda, yang pertama sejak model sama dikeluarkan untuk pemimpin Nazi di Jerman pada 1930-an. Mercedes G63 AMG 6x6 ini adalah model edisi terhad berdasarkan G-Wagon.
Bagaimanapun, pengeluaran kereta 6x6 itu dihadkan kepada 30 unit saja setahun. Harganya pula, kira-kira RM1.7 juta, menjadikannya model paling mahal syarikat berkenaan dan tiga kali ganda lebih tinggi berbanding G-Wagon.
|
Posted: SP Setia Berhad mencatatkan jualan keseluruhan RM2.02 bilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2013 dan ia meningkat 64 peratus berbanding tempoh sama pada tahun kewangan lalu. Pencapaian itu direkodkan atas sumbangan beberapa projek yang kini dibangunkan antaranya Setia Alam dan Setia Eco Park di Shah Alam, SetiaWalk di Pusat Bandar Puchong, Setia Sky Residences di Jalan Tun Razak, KL Eco City di Jalan Bangsar, Bukit Indah, Setia Indah, Setia Tropika, Setia Eco Cascadia, Setia Business Park II dan Setia Eco Gardens di Johor Bahru dan Setia Pearl Island, Setia Vista dan Setia Greens di Pulau Pinang.
Beliau berkata, selain itu, SP Setia juga semakin kukuh di kalangan pemain industri hartanah di negara ini dengan mempunyai catatan RM70 bilion nilai pembangunan kasar (GDV) setakat Januari lalu bagi membangunkan pelbagai projek terkini dan akan datang.
Liew berkata, pihaknya juga agresif membangunkan projek akan datang seperti Kompleks 1NIH di Setia Alam, Setia Bukit Persekutuan di Bangsar, Setia Eco Hutan di Pulau Pinang dan Parque Melbourne di Australia yang akan dilancarkan secara berperingkat. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan