Harian Metro: Global |
Posted: Brussels: Sekumpulan perompak bersenjata merompak berlian bernilai lebih £32 juta (RM153 juta) ketika ia dipunggah masuk ke dalam sebuah pesawat di lapangan terbang Brussels, semalam. Lapan lelaki bersenjata menceroboh penghadang lapangan terbang itu menaiki kereta polis palsu sebelum memandu melintasi van keselamatan diparkir di landasan bersebelahan dengan pesawat penumpang Switzerland. Kumpulan itu yang mengancam kakitangan bertugas merampas dua peti logam berkunci mengandungi barangan berharga ketika ia dipunggah ke dalam pesawat penerbangan Helvetic menuju ke Zurich pada jam lapan malam. Lelaki terbabit kemudian memunggah emas dan batu permata ke dalam kereta polis itu dan van kedua sebelum melarikan diri. SEORANG pekerja menggunakan kren mengalihkan blok konkrit di pintu masuk ke landasan Lapangan terbang Antarabangsa Zaventem yang diceroboh perompak, semalam.
"Mereka mengancam kakitangan penerbangan dan petugas keselamatan serta menuntut mereka menyerahkan berlian dan batu permata lain sebelum melarikan diri. Tiada sesiapa dilaporkan cedera. "Suspek dipercayai membuat lubang di pagar keselamatan yang mengelilingi lapangan terbang itu." Sebuah kereta Audi Saloon diubah suai seperti kereta polis digunakan dalam insiden itu bersama dengan sebuah van Mercedes. Van Mercedes itu ditemui dibakar di pinggir Brussels sejam selepas rompakan itu. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20 |
Posted: Bogota: Seorang isteri di Colombia dituduh mencurah air mendidih pada alat sulit suaminya ketika mangsa tidur selepas mendapat tahu lelaki itu curang. Yolivel Lopez dikatakan mencurah air panas pada kemaluan Nefer Netan selepas menerima panggilan daripada perempuan simpanan mangsa mengatakan mereka baru saja melakukan seks.
Akhbar El Meridiano melaporkan Netan tiba di kediamannya pada awal pagi semalam selepas memberitahu Yolivel dia keluar minum bersama rakannya. Yolivel membiarkan Netan tidur sebelum pergi ke dapur untuk memasak air panas.
Akhbar itu melaporkan doktor berkata, kemaluannya 'rosak teruk' akibat insiden itu. Penduduk tempatan memberitahu, sejak insiden serangan itu Yolivel tidak lagi kelihatan. Ini bukan kali pertama insiden wanita membalas dendam terhadap suami yang curang. Tahun lalu, seorang wanita yang cemburu mencincang kemaluan pasangannya sebelum mengepamnya ke dalam lubang tandas apabila mendapat tahu lelaki terbabit bermain kayu tiga. Huaman Julia Muñoz, 41, dikatakan memutuskan membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa tidur. Huaman mengerat kemaluan Apayco dengan pisau di sebuah hostel di Brena, Peru lapor laman web New Age. Wanita itu cuba melarikan diri, tetapi ditangkap kakakitangan hostel. Apabila polis menyoalnya mengenai serangan itu, dia mengakui melakukan perbuatan terbabit kerana berang mendapat tahu pasangannya curang. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan