Berita Harian: Dunia |
Posted: 20 Feb 2013 11:46 AM PST Berjuta-juta pekerja mogok bantah kenaikan harga barang New Delhi: Keganasan meletus di India semalam ketika kesatuan sekerja memulakan mogok dua hari bagi membantah kenaikan harga barang dan dasar kerajaan untuk membuka ekonomi. Tingkap banyak kilang di Noida pecah. Kami menghubungi polis tetapi mereka lewat, dan ketika itu kerosakan sudah pun berlaku," Pankaj Shah, Pemilik kilang Pemimpin buruh dilanggar Seorang pemimpin buruh mati dilanggar ketika cuba menghalang bas daripada meninggalkan terminal di bandar raya Ambala. Pekerja bersenjatakan batang besi memecahkan tingkap kilang dan membakar trak serta beberapa kereta di Noida, kawasan perindustrian di pinggir New Delhi. Pemilik kilang berkata, polis tidak dapat membantu walaupun panggilan kecemasan dibuat. "Tingkap banyak kilang di Noida pecah. Kami menghubungi polis tetapi mereka lewat, dan ketika itu kerosakan sudah pun berlaku," kata seorang pemilik kilang, Pankaj Shah. Di New Delhi, bas dan sistem kereta api bawah tanah sesak ketika teksi dan beca bermotor berbaris di jalan raya. Bank ditutup tetapi kebanyakan kedai dibuka. Kesatuan sekerja menentang dasar kerajaan membuka sektor peruncitan, perbankan dan penerbangan kepada pelabur asing dalam usaha melonjakkan ekonomi India. Kesatuan sekerja yang bergabung dengan pembangkang utama, Parti Bharatiya Janata, dua parti komunis utama malah kesatuan sekerja diketuai parti Kongres menuntut kerajaan menarik semula pembaharuan ekonomi, yang dikatakan menjejaskan kepentingan pekerja. 10 tuntutan Kesatuan mengeluarkan 10 tuntutan, termasuk kenaikan gaji minimum semua pekerja kepada 10,000 rupee (RM555) sebulan, mengawal harga dan menyediakan keselamatan sosial kepada semua pekerja. Kesatuan sekerja berkata, tindakan kerajaan baru-baru ini membuka sektor pasar raya akan menjejaskan berjuta pemilik kedai kecil yang tidak mampu bersaing dengan peruncit antarabangsa. Pekerja bank pula menentang keputusan kerajaan membenarkan syarikat besar memasuki sektor perbankan dan dasar menswastakan bank dikendalikan negara. - AP |
'Saksi dengar jeritan di rumah Pistorius' Posted: 20 Feb 2013 11:31 AM PST Johannesburg: Seorang saksi berkata beliau mendengar jeritan tanpa henti dari rumah bintang Paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius, pada malam teman wanitanya dibunuh. Pistorius hadir di mahkamah untuk hari kedua sesi keterangan di Pretoria.
Kelmarin, dalam afidavitnya Pistorius menafikan membunuh model Reeva Steenkamp, 29, di rumahnya pada awal pagi pada Hari Kekasih dan melepaskan tembakan kerana menyangka ada penceroboh di kediamannya. Bintang berusia 26 tahun itu tiba di mahkamah semalam menaiki kereta polis dengan selimut biru menutup kepalanya. Pendakwa dijangka mengemukakan bukti bahawa mereka percaya Pistorius membunuh teman wanitanya dan beliau tidak boleh diikat jamin.
"Steenkamp, mengalami tiga kecederaan akibat peluru, satu di siku yang mematahkan tangannya, satu bahagian atas telinga sebelah kanan kepala dan peluru ketiga di pinggul," katanya kepada mahkamah. Botha berkata, tembakan disasarkan ke arah mangkuk tandas bilik air, dan kayu kriket digunakan untuk memecahkan pintu. Pistorius, yang sekali lagi menangis di mahkamah, mempunyai lesen senjata yang digunakan untuk menembak teman wanitanya. Botha menjelaskan ada pistol 38mm tidak berlesen dalam peti simpanan dalam bilik tidurnya. Beliau memberitahu mahkamah selipar Steenkamp dan beg ada di dalam bilik tidur itu. Katanya, beliau mahu Pistorius didakwa dengan memiliki senjata haram dan peluru.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan