Ahad, 6 Januari 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Teman lelaki buka mulut

Posted:

Teman lelaki buka mulut

Teman lelaki buka mulut

ORANG ramai berhimpun untuk meratapi kematian mangsa rogol berusia 23 tahun di New Delhi, India semalam.


NEW DELHI - Teman lelaki seorang gadis yang maut selepas dirogol secara beramai-ramai dan diserang dengan kejam sehingga mencetuskan ketegangan di India, menceritakan pengalaman ngerinya kepada media.

Temuramah lelaki yang namanya tidak didedahkan itu disiarkan oleh saluran televisyen Zee News.

Menurutnya, kejadian pada 16 Disember lalu itu berlaku apabila mereka menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumah mangsa di pinggir New Delhi selepas menonton wayang.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bas, dia dan kekasihnya diserang sebelum mangsa dirogol dalam bas oleh enam lelaki yang mabuk. Dia dan mangsa turut dipukul dengan batang besi. Insiden itu berlaku selama dua jam setengah. Mereka kemudian dicampak keluar dari bas terbabit dalam keadaan bogel.

"Serangan itu sangat ganas dan saya tidak sanggup menceritakannya kepada kamu. Binatang pun tidak akan bertindak sedemikian," katanya yang patah kaki.

Lelaki itu mengkritik pihak polis kerana lambat tiba di tempat kejadian. Polis juga mengambil masa selama 30 minit berikutan percanggahan pendapat mengenai balai polis mana yang perlu mengambil tanggungjawab ke atas jenayah itu, sebelum membawa mereka ke hospital.

"Saya ada melawatnya di hospital. Dia memberikan semua maklumat terperinci mengenai penyerangnya dan mahu melihat mereka dibakar hidup-hidup," katanya lagi.

Berikutan siaran temuramah itu, polis India semalam telah membuka kertas siasatan ke atas Zee News.

Kertas siasatan itu didadftarkan pada Jumaat. Polis mendakwa temu ramah itu boleh menyebabkan identiti mangsa diketahui, sekali gus melanggar undang-undang India. - AFP

Penyanyi lama kaut untung lebih banyak

Posted:

Penyanyi lama kaut untung lebih banyak

Penyanyi lama kaut untung lebih banyak


AKSI Madonna ketika membuat persembahan dalam konsertnya di sebuah stadium di Santiago, Chile pada 19 Disember 2012.


LOS ANGELES - Pemuzik rock dan pop legenda mengalahkan penyanyi muda yang lain dalam aspek perolehan pendapatan berdasarkan data yang dikeluarkan oleh majalah Pollstar.

Madonna, 54, mengungguli carta apabila memperoleh pendapatan sebanyak AS$296 (RM901 juta) hasil jualan tiket 88 konsert jelajah dunianya.

Dia mengalahkan penyanyi Bruce Springsteen, E Street Band dan pengasas kumpulan Pink Floyd, Roger Waters yang masing-masing mendapat keuntungan mencecah AS$210 juta (RM639 juta) dan AS$186 juta (RM566 juta).

"Walaupun lagu mereka tidak lagi menguasai carta muzik atau kerap berkumandang di radio, penghibur legenda masih mampu mencatat pendapatan tinggi kerana peminat boleh membayar harga tiket konsert yang mahal," kata editor Pollstar, Gary Bongiovanni.

Rolling Stones misalnya menjual tiket pada harga purata AS$529.51 (RM1,612) sekeping. Justeru, lima konsert jelajah pada November dan Disember 2012 sudah membolehkan Rolling Stones memperoleh pendapatan sebanyak AS$35.5 juta (RM108 juta).

Sebagai perbandingan, bintang remaja Justin Bieber yang mengadakan 35 konsert hanya berada di tempat ke-23 dengan pendapatan sebanyak AS$40.2 (RM122 juta). - Reuters

Tuna dilelong RM5.5 juta

Posted:

Tuna dilelong RM5.5 juta

Tuna dilelong RM5.5 juta


KIYOSHI Kimura bergaya dengan ikan tuna yang dibeli pada harga RM5.5 juta di hadapan restoran sushi miliknya di Tokyo, Jepun semalam.


TOKYO - Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan pertama di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam.

Harga tersebut adalah tiga kali ganda berbanding rekod jualan tahun lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9 juta). Ikan seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan Oma, utara Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering mengadakan acara lelongan ikan dan menjadi antara lokasi kegemaran pelancong asing.

Ikan itu dibeli oleh Kiyoshi Kimura, presiden dan pemilik syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Sushi-Zanmai. Kimura juga memenangi bidaan ikan tuna sirip biru pada tahun lalu.

"Saya mahu memenuhi ekspektasi pelanggan yang ingin menikmati tuna terbaik Jepun pada tahun ini. Dengan tuna ini, saya harap dapat menceriakan rakyat Jepun," kata Kimura yang dipetik daripada akhbar Jiji Press.

Berdasarkan kepada harga itu, sekilogram ikan tuna tersebut berharga sekitar 700,000 yen (AS$7,940 atau RM24,180). Maka, sekeping sushi yang menggunakan ikan itu boleh mencecah harga kira-kira 30,000 yen (AS$340 atau RM1,036).

Namun, Kimura menyatakan dia tidak akan menjual sushi pada harga begitu mahal. Sebaliknya hanya dijual pada harga lebih realistik iaitu 398 yen (AS$4.50 atau RM13.75). - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan