Ahad, 6 Januari 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pakistan, India bergaduh

Posted: 06 Jan 2013 01:38 PM PST

Askar bertempur di sempadan Kashmir, seorang maut

Islamabad: Tentera Pakistan dan India semalam saling melepaskan tembakan ke arah kedudukan lawan dekat sempadan Kashmir menyebabkan seorang askar maut.

Pakistan menuduh askar India menyeberangi garisan sempadan sementara dipanggil 'Garisan Kawalan' sebelum menyerbu sebuah pos kawalan mereka, tuduhan yang ditolak tentera jirannya.
Askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra" - Kenyataan tentera Pakistan

Kenyataan tentera Pakistan memberitahu, askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra.

"Tentera Pakistan bertindak balas sewajarnya. Seorang askar Pakistan syahid manakala seorang lagi parah," menurut kenyataan itu.

Ia juga mendakwa, askar India berundur hingga tertinggal selaras senjata dan pisau.

Tentera India nafi
Jurucakap tentera India di Srinagar, menafikan askarnya melintasi masuk ke seberang sempadan.

Kolonel Brijesh Pandey menuduh tentera Pakistan melancarkan serangan mortar ke sebuah kampung dalam kawalannya di daerah Uri bertentangan dengan Haji Pir.

"Pada 3.15 pagi kelmarin, askar Pakistan melancarkan serangan mortar menyasarkan perkampungan Uri," katanya.

Kashmir yang didiami Muslim terletak di Himalaya dan menjadi dua punca peperangan di antara jiran itu yang merdek pada 1947.

Kedua-dua negara juga mencapai persetujuan untuk melakukan gencatan senjata sejak November 2003.

Bagaimanapun, itu tidak menghalang mereka daripada bergaduh dari masa ke masa atau saling membuat tuduhan pihak lawan mencabul gencatan senjata itu.

Seorang lelaki maut

Bulan lalu, pegawai di Kashmir berkata, tembakan askar India menyebabkan seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera di dua kampung.

India juga sering menuduh Pakistan menghantar militan ke wilayah Kashmir kawalannya ketika kekacauan meletus seperti sekarang. - AFP

Dua maut virus H1N1

Posted: 06 Jan 2013 01:36 PM PST

Beijing: Dua wanita China maut disebabkan jangkitan virus H1N1 di Beijing sejak 10 hari lalu, lapor media di sini. Jangkitan virus itu mula dilaporkan pada 2010.

Seorang pesakit barah berusia 65 tahun meninggal dunia kelmarin manakala seorang pekerja berusia 22 tahun maut pada 27 Disember lalu, lapor Beijing Daily di laman webnya, memetik laporan Pusat bagi Mengawal dan Mencegah Penyakit.

Kes selesema meningkat di Beijing pada tahap tertinggi sejak lima tahun lalu dan penghidap H1N1 adalah yang paling ramai, kata pengarah pusat itu, Deng Ying.

Ia berlaku ketika Beijing dan tempat lain di China dilanda cuaca sejuk. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan