Harian Metro: Global |
Posted: 08 Jan 2013 01:18 PM PST London: Tujuh anggota bomba bergegas menyelamatkan seekor tupai dalam satu operasi bernilai enam ribu pound (RM29,000). Anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan tiga jentera bomba selepas seorang penduduk melaporkan haiwan itu terperangkap dalam lalang di tengah kolam. Mereka membuat laluan ke tebing tasik menggunakan dua tangga dengan seorang anggota bomba masuk ke dalam air memujuk tupai yang ketakutan itu. Haiwan itu kemudian merapati "jambatan" sementara sebelum berlari menaiki anak tangga dan melompat ke tempat selamat.
Harrington berkata: "Balai Bomba dan Penyelamat Herts melakukan tugas yang hebat - bagaimanapun, ia seolah-olah tindakan yang berlebihan dan membazir.
TUPAI yang ketakutan berlari menaiki tangga ketika diselamatkan. ANGGOTA bomba tiba di tempat kejadian. "Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan," katanya.
Pada Mac 2011 anggota bomba di Gosport, Hants, enggan memasuki tasik sedalam tiga kaki di mana seorang lelaki jatuh selepas mengalami serangan epilepsi. Peraturan keselamatan menggariskan mereka tidak boleh memasuki air lebih dalam daripada separuh paras but kecuali situasi mengancam keselamatan nyawa. Mereka percaya lelaki terbabit sudah mati. - The Sun Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
Posted: 08 Jan 2013 01:12 PM PST Singapura: Seorang pengurus kejuruteraan mendakwa sesi bekam Cina yang tidak dilakukan dengan sempurna oleh pakar terapi menyebabkan dia melecur teruk T Arunn, 48, mendakwa kecederaan melecur dialaminya sangat teruk hingga mengambil masa 10 bulan untuk pulih, lapor akhbar Shin Min Daily. Terapi bekam dengan api adalah perubatan alternatif Cina di mana ahli terapi memanaskan udara dalam gelas, logam atau cawan kayu menggunakan api dan kemudian menekapnya ke bahagian kulit.
Arunn berkata, ahli terapi meletakkan 11 cawan di belakangnya sebelum menanggalkan ia 15 minit kemudian.
Ahli terapi terbabit memberitahunya cawan itu mungkin dibiarkan terlalu lama dan meyakinkannya tiada apa perlu dibimbangkan.
Doktor di hospital tempat dia dirawat memberitahunya ada 11 bulatan kesan melecur di tubuhnya. Kira-kira empat peratus daripada seluruh permukaan kulitnya melecur tahap kedua. Ia bersamaan dengan saiz empat telapak tangan. - Shin Min Daily Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan