Berita Harian: Dunia |
Posted: 27 Jan 2013 02:11 PM PST Davos: Pakar kesihatan menggesa pemimpin dunia menangani masalah obesiti dengan tidak hanya menyalahkan penduduk sebagai kurang semangat untuk menurunkan berat badan. Mereka menyifatkan obesiti kini satu pandemik global kerana menjangka lebih separuh penduduk dunia akan obes dalam tempoh dua dekad.
Mereka percaya, dunia perlu menangani krisis obesiti dengan menggunakan pendekatan sama seperti dalam usaha membanteras tabiat merokok. Oleh kerana semakin banyak makanan tidak baik untuk kesihatan dan kian ramai memilih untuk tidak bersenam, dunia perlu mencari jawapan kepada masalah penyakit jantung dan diabetes yang membunuh 2.8 juta orang setahun, kata mereka. Pada masa ini, angka rasmi menunjukkan 1.4 bilion orang dewasa sudah mempunyai berat badan berlebihan dan angka itu akan meningkat. Perkara itu dijelaskan oleh dekan Kajian Kesihatan Awam Mailman di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, Linda Fried kepada panel mengenai obesiti di forum berkenaan.
Meningkat dengan pantas "Jika ini adalah penyakit berjangkit, kita tentu menggelarnya pandemik. Ia juga bukan terhad kepada wilayah tetapi global. Ia juga meningkat dengan pantas dan berterusan, suatu takrif pandemik," kata Fried. Punca utama ialah makanan berkalori tinggi dan gaya hidup kurang aktif, kata pakar. Naib Presiden Sukan Nike, Lisa MacCallum Carter, berkata obesiti ada kaitan dengan krisis 'gaya hidup tidak aktif' disebabkan arus kemodenan. Beliau merujuk kepada penyelidikan menunjukkan warga Amerika kurang aktif 32 peratus berbanding 1967 dan boleh mencapai 50 peratus menjelang 2030. - AGENSI |
Wanita mahu asmara, lelaki pula letih Posted: 27 Jan 2013 02:10 PM PST London: Wanita tidak lagi menjadikan sakit kepala, sakit perut atau letih menguruskan anak sebagai alasan menolak ajakan suami berasmara. Kini lelaki pula yang semakin kerap memberi alasan itu, menurut satu kajian baru.
Penyelidikan farmasi online di United Kingdom mendedahkan, lelaki lebih berkemungkinan menolak ajakan pasangan mereka dalam perkara itu dan letih serta tekanan kerja adalah alasan paling biasa. Kajian yang dilakukan oleh ukmedix.com, meninjau pandangan 1,922 lelaki Britain berusia melebihi 18 tahun dan ada hubungan jangka panjang. Ia dijalankan selepas laman itu mendapati wujud peningkatan ketara dalam pencarian ubat menaikkan syahwat dalam dua minggu pertama bulan Januari 2013. Responden ditanya soalan berkaitan kehidupan seks mereka dengan pasangan.
Mereka kemudian ditanya apakah alasan paling kerap diberi kepada pasangan untuk tidak melakukannya. Lima alasan paling popular ialah terlalu letih - 45 peratus, diikuti tekanan kerja - 39 peratus, sakit kepala - 39 peratus, terlalu kenyang selepas makan malam (29 peratus) atau mahu menonton rancangan di televisyen, 24 peratus. Sebaliknya, apabila diminta memberikan punca sebenar mereka menolak ajakan seks, alasan lima teratas termasuk tidak selesa dengan tubuh iaitu, 39 peratus dan kurang bernafsu, 35 peratus. Mereka juga ditanya kekerapan hubungan seks dengan pasangan. 42 peratus responden lelaki menjawab, dua minggu sekali. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan