Harian Metro: Global |
Posted: 26 Sep 2012 12:49 PM PDT LONDON: Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk 'membengkakkan dahi.' Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu. Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal. Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.
Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: "Ooh, jariu itu memasuki dahi saya.. Ooh!" Apabila masuk sepenuhnya, kesan jaram itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan. John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai 'terasa mencucuk sedikit.' Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan melilih pada permukaan mukanya dan bertanya: "Adakah sesuatu yang melilih dari kepala saya. Saya dapat merasakannya melilih." Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing. "Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur," kata John. Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu. Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan. "Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27 |
Wanita tertelan tikus dalam sandwic Posted: 26 Sep 2012 09:44 AM PDT LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya. Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport. Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak 'objek berbulu itu' selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus. "Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.
"Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu," katanya. Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya. "Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu," katanya. "Mereka akhirnya memberi saya baucar 10 (RM50). "Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya," kata Katie. Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak 10. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan