Harian Metro: Global |
Kawan ‘makan’ kawan cacat Posted: 11 Sep 2012 09:20 AM PDT LONDON: Seorang pengapit pengantin ditahan kerana disyaki mencuri 85,000 (RM 420,843) daripada rakannya - seorang bekas tentera kurang upaya - yang baru berkahwin. Connor Aldous, 21, menjadi pengapit ketika Alex Stringer dikahwinkan dengan wanita yang menjadi temannya sejak kecil. Stringer adalah veteran tentera Britain yang pernah berkhidmat di Afghanistan, tetapi kehilangan kedua-dua kaki dan tangan kirinya akibat terkena jerangkap samar Taliban. Dia menggunakan anggota palsu dan terpaksa dipapah Aldous di majlis perkahwinannya.
Stringer yang menganggur mengenali Aldous sejak mereka bersekolah dan dia menumpang di rumah bekas tentera itu yang tinggal bersama isterinya, Danielle, 20, di Canvey Island, Essex. Jurucakap polis berkata, Aldous ditangkap Jumaat lalu dan akan ditahan sehingga Oktober untuk membolehkan siasatan dijalankan, Sementara itu, Stringer berkata, dia menganggap Aldous seperti saudara kandung sendiri dan memberikan segala yang diperlukannya. "Kami mempercayai Aldous dan menyediakan tempat tinggal untuknya," katanya. Stringer berkhidmat dengan Kor Logistik Rejimen Pioneer Ke-23 ditimpa kemalangan di Afghanistan pada Januari tahun lalu. Hasil hubungannya dengan Danielle, mereka mendapat dua anak, masing-masing berusia empat dan satu tahun. Pasangan itu bakal mendapat anak ketiga musim panas ini. Tindak-tanduk Aldous disedari apabila Stringer mengesan rakannya itu membuat banyak pengeluaran dari akaun banknya dalam tempoh 12 bulan. Katanya, pada hari tertentu, Aldous membuat sehingga lapan pengeluaran wang sehari. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12 |
Juara Olimpik sempurnakan menara Lego tertinggi Posted: 11 Sep 2012 09:17 AM PDT PRAGUE: Atlet Czech yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 2012 baru-baru ini memberikan sentuhan terakhir pada menara Lego tertinggi di dunia, semalam. Pemenang acara mendayung solo, Miroslava Knapkova meletakkan blok terakhir di menara setinggi 32.3 meter itu, sekali gus memadamkan rekod terdahulu dengan hanya beberapa sentimeter. Menara berkenaan dibina sempena ulang tahun ke-80 Lego dan mengambil masa kurang dari empat hari untuk disiapkan. Kira-kira setengah juta blok digunakan untuk membina menara berkenaan Lego membina menara pertama pada 1988 di London dengan ketinggian hampir 15.2 meter. Sejak itu, rekod menara Lego tertinggi diperbaharui lebih 30 kali di pelbagai tempat, termasuk di Toronto, Windsor, Vienna dan Munich. - TS Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan