Sabtu, 1 September 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kucing 2 wajah

Posted: 31 Aug 2012 10:10 AM PDT

RALEIGH: Seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza pada mukanya mengejutkan pengguna Internet di seluruh dunia dan membolehkan kucing berkenaan, Venus, menjadi sensasi di atas talian dalam masa yang singkat.

Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 'like,' sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa hari saja.

Bulu muka kucing itu yang terbahagi secara simetri dengan warna hitam dan perang kemerah-merahan disamakan dengan versi lebih comel karektor komik, musuh Batman paling terkenal, Two-Face.

Venus mungkin kelihatan seperti ia datang dari planet lain tetapi penampilannya yang menyerlah dan warna mata yang berbeza mungkin dapat menerangkan dengan lebih mudah - perubahan genetik.


"Kami menerima pelbagai komen dari teknik Photoshop hingga kepada dakwaan kami mewarnakan sebahagian mukanya."


"Dia dilahirkan sedemikian. Kami memiliki seekor kucing belang dan seekor hitam. Apabila saya melihat Venus kali pertama, saya berkata: 'Oh. Ia kelihatan kombinasi kedua-dua kucing kami itu,'" kata pemilik kucing itu, Christina, dari Carolina Utara kepada rancangan Today Show.

"Ketika itu kami tidak melihat matanya. Reaksi pertama teman saya ialah: 'Kita tidak perlukan haiwan lain lagi untuk dipelihara.

"Tetapi apabila kami lihat matanya dari jarak dekat, kami jatuh hati dengannya. dan saya berkata: 'Kita perlu memiliki kucing ini!'

"Anda adalah bintang, Venus! Menarik!!!," tulis seorang pengunjung dalam laman Facebook rasminya.

Seorang lagi menulis: "Kucing yang sungguh cantik. Saya begitu gembira Venus menemui kediaman yang baik dengan ibu bapa yang penyayang."

Kini, populariti menanti Venus. Selepas muncul dalam rancangan Today Show, kucing yang berwajah luar biasa dikatakan akan membintangi video akan datang Lady Gaga. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012


Guru akui laku seks dengan 3 pelajar

Posted: 31 Aug 2012 10:05 AM PDT

READING: Seorang guru wanita berdepan dengan hukuman penjara semalam selepas mengaku mengadakan seks dengan tiga pelajar lelaki.

Emma Webb, ibu dua anak, menangis ketika mengaku bersalah terhadap 16 tuduhan membabitkan pelajar berusia 15 dan 17 tahun.

Mahkamah sebelum ini diberitahu, guru berusia 41 tahun itu tidur bersama dengan seorang pelajar hingga 12 kali dan melakukan seks dengannya dan seorang lagi pelajar.

Mahkamah juga diberitahu, Emma yang mempunyai suami, mencium dan memeluk pelajar ketiga serta menghantar imej lucah yang dirakamnya ketika melakukan perbuatan memberahikan pada dirinya sendiri kepada pelajar lain.


Guru itu ditangkap pada Jun lalu selepas seorang pelajar mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.


Nama pelajar dan sekolah terbabit tidak boleh disiarkan kerana alasan undang-undang.

Hukuman terhadap Emma yang berasal dari Woodley, Berkshire akan dijatuhkan bulan depan.

Hakim, John Reddihough memberitahunya di Mahkamah reading: "Hanya kerana kamu mengaku bersalah terhadap tuduhan itu tidak bermakna kami tidak akan dikenakan hukuman." - DM

Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan