Rabu, 18 Julai 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Kemarau terburuk di AS

Posted:

Kemarau terburuk di AS

SEEKOR lembu meragut rumput di kawasan yang kering di Hays, Kansas pada 6 Julai lalu.- Agensi


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 56 tahun, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) kelmarin.

Menurut agensi itu, kira-kira 55 peratus wilayah di AS mengalami kemarau pada bulan lalu.

Pada tahun 1956, kemarau melanda 58 peratus daripada wilayah AS.

Cuaca panas dan kering akan berterusan dalam tempoh dua minggu lagi.

Ia akan menyebabkan tanaman jagung dan kacang soya di tengah AS terjejas.

Seorang ahli meteorologi untuk agensi cuaca MDA EarthSat, Don Keeney berkata, cuaca kering akan berterusan di Illinois, Iowa, Kansas, Nebraska, Minnesota, Dakota dan selatan Wisconsin. - Agensi

Pemberontak lancar serangan besar-besaran

Posted:

Pemberontak lancar serangan besar-besaran

GAMBAR yang disiarkan oleh media kumpulan pemberontak, Shaam News Network semalam menunjukkan bangunan kediaman yang musnah akibat pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan pemberontak di Homs tengah Syria.- AFP


BEIRUT - Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad semalam menyatakan pertempuran membebaskan ibu kota Damsyik sudah bermula.

Pertempuran sengit dilaporkan telah berlalu di ibu kota tersebut sejak Ahad lalu.

"Kami mengalihkan pertempuran dari wilayah Damsyik ke ibu kota," kata jurucakap FSA yang berpangkalan di Homs, Kolonel Kassem Saadeddine.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai rancangan untuk mengawal keseluruhan Damsyik.

Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar bermula sejak Mac lalu.

Menurut pihak berkuasa Maghribi, seramai 20,000 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.

Beberapa buah helikopter dilaporkan ditempatkan di Damsyik buat kali pertama bagi melancarkan serangan ke arah kawasan perumahan yang didiami penduduk anti-Bashar.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan pihaknya menyokong pelan damai Utusan Khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan bagi menamatkan konflik di Syria. Beliau menyatakan demikian kepada Annan di Moscow. - Agensi

Carey mungkin juri

Posted:

American Idol

Carey mungkin juri American Idol

Mariah Carey


NEW YORK - Penyanyi terkenal, Mariah Carey mungkin menyertai program realiti American Idol sebagai salah seorang juri.

Menurut seorang individu yang kerap berurusan dengan pihak pengurusan American Idol, Carey telah dipujuk menyertai panel juri rancangan terbitan stesen televisyen Fox itu.

Sumber berkenaan meminta namanya tidak didedahkan.

Carey, 42, juga pernah dipikat oleh beberapa pertandingan pencarian bakat.

Pada minggu lalu, penyanyi terkenal, Jennifer Lopez dan Steven Tyler mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjadi juri American Idol selepas terlibat selama dua musim. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan