Berita Harian: Dunia |
Posted: 18 Jul 2012 08:28 AM PDT Serangan berlaku ketika menteri, pegawai bermesyuarat Beirut: Seorang penyerang menyerbu bangunan keselamatan kebangsaan di ibu negara Syria sebelum meletupkan bom yang mengorbankan Menteri Pertahanan Negara, Dawoud Rajha dan beberapa pegawai kanan kerajaan semalam. Rajha, 65, adalah pegawai kerajaan paling kanan yang terbunuh sejak perang saudara di Syria bagi menggulingkan Presiden Bashar Assad. Serangan berlaku ketika menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan sedang mengadakan mesyuarat. Rajha, bekas panglima tentera adalah pegawai paling kanan beragama Kristian di dalam kerajaan Assad. Beliau dilantik tahun lalu. Kematiannya meningkatkan kebimbangan 10 peratus penduduk minoriti Kristian yang berkata mereka terdedah kepada keganasan dan terperangkap di tengah pertempuran antara puak Islam di negara dengan 22 juta penduduk itu. Sementara itu, seorang panglima Syria dan beberapa anggota tentera dilaporkan berpaling tadah ke Turki, kata seorang diplomat Turki kepada AFP menjadikan bilangan jeneral dari rejim Bashar al-Assad yang belot kini sekurang-kurangnya 18 orang. Kejadian terbaru ini menjadikan bilangan panglima melarikan diri ke Turki seramai 18 orang sejak konflik di Syria tercetus Mac tahun lalu. Diplomat Turki yang enggan mendedahkan nama berkata hampir 42,700 pelarian Syria kini tinggal di kem berhampiran sempadan Syria. "Kami melihat peningkatan bilangan penduduk Syria tiba di Turki, termasuk tentera," kata diplomat terbabit. - AFP |
Jong-Un jadi panglima tertinggi Posted: 18 Jul 2012 08:26 AM PDT Langkah perkukuhkan kuasa ke atas pertahanan Korea Utara Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un semalam dianugerahkan panglima tertinggi tentera negara itu, jawatan yang pernah dipegang bapanya sebelum ini, kata Pyongyang semalam yang dilihat sebagai tanda pengganti muda dinasti komunis itu mengukuhkan kuasanya. Langkah itu menyusul rombakan dengan penyingkiran ketua tentera Ri Yong-Ho daripada pangkatnya berikutan 'sakit' manakala Hyon Yong-Cho yang kurang dikenali dinaikkan pangkat timbalan panglima, memberi laluan kepada beliau mengetuai tentera dengan kekuatan 1.2 juta anggota. Keputusan dibuat bersama pada Selasa oleh beberapa parti dan pegawai tertinggi, kata KCNA. Pangkat Panglima itu dipegang kedua-dua bapa Jong-Un, Kim Jong-II dan datuknya, Kim II-Sung, pengasas Korea Utara. II-Sung dinaikkan pangkat pada 1992, dua tahun sebelum kematiannya akibat serangan jantung, manakala Jong-II dinaikkan pangkat pada Februari selepas kematiannya pada Disember apabila Jong-Un berkuasa. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan