Jumaat, 20 Julai 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


150,000 kondom Olimpik

Posted: 20 Jul 2012 03:26 PM PDT

London: Temasya Olimpik London 2012 mungkin yang paling 'panas' dalam sejarah sukan itu selepas penganjur menyediakan 150,000 kondom Durex percuma, 15 untuk setiap atlit.

Angka itu melebihi 50 peratus berbanding di kejohanan Beijing pada 2008 yang menyediakan 100,000 kondom. 'Selera seks' peserta dilaporkan meningkat sejak kejohanan di Seoul pada 1988 hanya menyediakan 8,500 kondom percuma, lapor akhbar The Mirror.
Angka itu melonjak kepada 50,000 apabila pertandingan diadakan di Barcelona pada 1992 manakala penganjur Sydney 2000 terpaksa membeli tambahan 20,000 lagi kondom selepas 70,000 kondom yang ada kehabisan.

Peraturan benar teman peserta masuk

Ia mungkin ada kena mengena dengan peraturan membenarkan teman peserta masuk ke tempat penginapan atlit dengan 3,500 pelawat dijangka masuk setiap hari di 2,818 pangsapuri.

Malah, ujian kehamilan juga dikatakan turut ditempah.
Satu sumber memberitahu akhbar itu: "Semua orang tahu keadaan di tempat penginapan sukan. Cuma, bagi atlit tempatan, mereka tentu lebih memberi tumpuan kepada menang pingat."

Ketika ditanya bagaimana situasi 'panas' itu di perkampungan Olimpik, perenang Amerika Syarikat, Ryan Lochte berkata: "Saya rasa 70 hingga 75 peratus atlit terbabit."

Peserta negara itu dalam acara menembak, Josh Lakatos pula berkata: "Keadaannya seperti di rumah pelacuran. Begitu banyak aksi panas."

Lochte kemudian mengulas: "Ketika kejohanan Olimpik lalu, saya ada teman wanita. Sekarang, saya kembali solo jadi saya rasa teruja kali ini."

"Bertanding dalam kejohanan Olimpik adalah kemuncak kerjaya anda, jadi mungkin ada yang sedia melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tetapi, saya yakin, jika saya nampak orang melakukannya, saya akan ketawa," kata pemain bola tampar Britain, Shauna Mullin. - Agensi

Pembaca berita pengsan ketika siaran

Posted: 20 Jul 2012 03:24 PM PDT

Ankara: Pembaca berita jelita terkenal Turki, Seda Selek, pengsan ketika siaran langsung berita harian stesen Kanal 24, semalam.

Dia pada awalnya kelihatan seperti tidak selesa ketika siaran berita itu apabila sering memandang ke bawah dan seperti panik. Cuba ubah kedudukan
Selek kemudian dilihat seperti cuba mengubah kedudukan kerusi sebelum tersungkur. Seorang petugas berdekatan segera mendekati pembaca berita itu bagi memberi bantuan.

Bagaimanapun, doktor yang memberi rawatan mengesahkan tiada apa yang perlu dibimbangkan, menurut laporan.

"Doktor memberitahu bahawa tekanan darah saya terlalu rendah. Sekarang saya sudah kembali baik," kata Seda selepas itu.

Rakannya dipetik sebagai berkata: "Seda sudah sihat. Dia cuma malu kerana pengsan disaksikan semua penonton di seluruh negara."
Meskipun agak memalukan, pengalaman Seda boleh dikatakan tidak seteruk seorang lagi pengacara televisyen di Greece baru-baru ini.

Pengacara berkenaan memutuskan untuk membenarkan seorang penyokong neo-Nazi memberi pandangan dalam programnya.

Malangnya, program itu diserbu sekumpulan penunjuk perasaan yang membaling dadih dan telur ke arah mereka.

Pada masa sama, pengacara itu, Panagiotis Vourhas dipuji kerana tidak cuba menghentikan tindakan penunjuk perasaan berkenaan.

Dia dilaporkan tidak memberi reaksi kepada 'serangan' itu sehingga satu minit sebelum ia disuraikan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan