Isnin, 9 Julai 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Politik Mesir kalut

Posted: 09 Jul 2012 01:07 PM PDT

Kaherah: Speaker parlimen Mesir, Saad el-Katatni, semalam memanggil ahli parlimen untuk mengadakan sidang esok selepas presiden baru negara itu, Mohamed Morsi mengarahkan supaya pembubaran parlimen oleh mahkamah sebelum ini dibatalkan.

Agensi berita Mesir, MENA melaporkan, keputusan Morsi dilihat sebagai usaha mengukuhkan kuasa beliau sebagai presiden dan cabaran terbuka kepada pemimpin tentera yang memerintah negara itu sejak 16 bulan lalu apabila bekas presiden Hosni Mubarak digulingkan. Tentera menyerahkan pemerintahan kepada Morsi kurang dua minggu lalu, tetapi terus memegang kuasa yang tidak dapat dicabar.
Penganalisis berkata, kemelut terbaru itu dijangka menjerumuskan semula Mesir ke kancah keganasan dan keadaan tidak menentu.

Bangunan parlimen terus dikawal polis semalam, walaupun sekumpulan penyokong Morsi berkumpul di luar. Ramai ahli parlimen puak Islam yang menguasai 70 peratus kerusi dewan berkata mereka akan menghadiri sidang diadakan. Puak bukan Islam bagaimanapun berkata mereka akan memulaukannya.

Hormati undang-undang

"Kami tidak mungkin hadir sidang dan mengingkari mahkamah. Kita mesti menghormati undang-undang dan mematuhi perintah mahkamah," kata ahli parlimen sekular, Imad Gad.
Sementara itu Mahkamah Agung Perlembagaan Mesir berkata semua keputusan membubarkan parlimen muktamad.

"Semua keputusan dan perintah Mahkamah Agung Perlembagaan adalah muktamad, tidak boleh dirayu dan mesti dipatuhi semua institusi negeri," kata satu kenyataan yang dikeluarkan.

Beberapa pihak dilaporkan sudah ke mahkamah untuk mencabar keputusan Morsi, manakala mahkamah berkata pihaknya akan meneliti kes itu.

Kenyataan itu juga menegaskan keputusan mahkamah tidak mempunyai motif politik, sebaliknya bagi melindungi perlembagaan negara.

Kelmarin, Morsi mengarahkan parlimen yang dibubarkan, disahkan semula, tindakan dilihat penganalisis satu cabaran kepada tentera yang menguatkuasakan perintah mahkamah untuk membubarkan parlimen sebelum ini.

Beliau mengeluarkan satu perintah presiden merungkaikan perintah yang dibuat bulan lalu untuk membubarkan Perhimpunan Rakyat dan mengundang dewan bersidang semula.

Perintah itu juga menetapkan pertubuhan pilihan raya baru parlimen dua bulan selepas diluluskan pungutan suara perlembagaan negara itu dan menggunakan undang-undang kawal selia parlimen.
AFP

Polis buru pembunuh wanita

Posted: 09 Jul 2012 01:06 PM PDT

Kabul: Pihak berkuasa Afghanistan melancarkan gerakan memburu seorang anggota Taliban yang menembak mati seorang wanita di tempat terbuka atas tuduhan berzina, kata pegawai, ketika kemarahan memuncak selepas video pembunuhan kejam itu disebarkan.

Pembunuhan kejam Komander 130,000 anggota NATO di Afghanistan, Jeneral John Allen, menawarkan untuk membantu pasukan keselamatan mengesan dan menangkap lelaki terbabit dalam apa digelar "pembunuhan kejam yang tidak dapat dihurai dengan kata-kata."
Kejadian menembak wanita berkenaan di hadapan lelaki yang bersorak ditunjukkan secara terperinci dalam video upacara pembunuhan itu di sebuah perkampungan di wilayah Parwan, kira-kira 100 kilometer utara ibu kota ini.

"Kami sudah menghantar pasukan polis ke kawasan itu," kata Gabenor wilayah Parwan Basir Salangi kepada AFP, menambah kerajaan tiada kehadiran tetap di lembah itu.

"Mereka memburu anggota Taliban yang bertanggungjawab namun Taliban terbabit termasuk pembunuh dipercayai suami wanita itu sendiri, melarikan diri ke kawasan pergunungan."

Jurucakap Salangi Roshna Khalid secara berasingan memberitahu AFP, wanita berusia 22 tahun dikenali Najiba, berkahwin dengan seorang anggota radikal Taliban dan dituduh berzina dengan seorang komander Taliban

Hukuman mati

"Dalam tempoh sejam mereka memutuskan mangsa bersalah dan menjatuhkan hukuman mati. Mereka menembaknya di hadapan penduduk." katanya.

AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan