Harian Metro: Global |
Posted: 20 Jun 2012 09:51 AM PDT LONDON: Sebuah syarikat Britain mendedahkan rancangan untuk membawa manusia ke bulan buat kali pertama sejak 1972. Syarikat Excalibur Almaz berpangkalan di Isle of Man itu akan membawa pengunjung ke orbit bulan dengan "tambang" sebanyak 100 juta pound (RM496.8 juta).
Excalibur sudah membeli dan mengitar semula empat kapsul kemasukan semula serta dua stesen angkasa daripada firma Russia, NPO Mashinostroyenia. Mula-mula pelanggan akan berlabuh di satu daripada stesen angkasa di orbit rendah Bumi. Dari situ mereka akan diterbangkan ke orbit bulan, membawa mereka sejauh 376, 586.4 kilometer dari bumi. Penerbangan itu yang mungkin berakhir selama lapan bulan kemudian terus berlanjutan ke angkasa, membawa mereka lebih jauh dari bumi berbanding sebelum ini.
Art berkata, perjalanannya berbeza dengan pakej ditawarkan oleh penerbangan ke angkasa daripada pesaingnya, di mana kapal mereka hanya menyediakan perjalanan beberapa minit sejauh 96.5 kilometer saja. - DM |
‘Facecrook’ bantu polis jejak penjenayah Posted: 20 Jun 2012 09:39 AM PDT HACKENSACK (New Jersey): Pejabat polis bandar raya ini mempunyai laman web baru yang memaparkan pemburuan suspek dan bukannya mencari kawan. "Facecrook" memaparkan nama, foto dan lokasi terakhir buruan dikehendaki oleh pejabat polis daerah Bergen.
Inspektor Mickey Bradley memberitahu akhbar The Record, dia mendapat idea mengenai laman itu kira-kira setahun lalu dan membeli alamat Facecrook pada harga AS$17 (RM53.6).
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan